Monday 8 August 2011

Cucur Tauhu

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi pada semua yang berkunjung ke sini.
Berbuka lauk apa semalam ya?
Entri hari ni sebenarnya akak buat dua hari lepas.Memang sedap cucur tauhu dari kak chef hanieliza ni tapi sumber resepi akak ambik dari rumah yatie..memang sedap lah..makan beria2 pulak selepas solat terawih minum dgn kopi o panas..bila bangun sahur amat kekenyangan rasanya..hehe


Cucur Tauhu
by
anymz mykitchen
sumber:Yatie

Bahan-Bahan
  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  • 2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencecah)



Cara Membuat

  1. Tauhu dan udang dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu

16 comments:

kaklong said...

sodap nmpk ea tu kak,kematin hubby kaklong teringin nk bebuko,cekodok ikan bilih...buek yo...sesekali buek dlm bln poso ni, sodap yo kan?

Mas said...

kak anim...
rasa macam sarapan ngan cucur jerk...
menggugat iman betoiiii.....

Cendana Kasih said...

sedap cucur ni, lama dah saya tak buat (sejak kurus ni laaa..hehehe)..masa diet dulu, saya skip tepung gandum dan gantikan dengan tepung soya...pun sedap kan..

quinnie said...

salam kak anim...dah lama saya tak buat cucur...bila ada tauhu tak ingat pun nak masak cucur cam gini...kena tunggu saya teringin nak makan cucur baru leh buat...hehehhe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Anim..lama dah simpan resepi,tp bila la nk try lak!.Jeles tgk k.anim dh mencubanya..simpan sikit tuk atie brbuka nanti yer!

ijayuji said...

Salam kak animm!!! hari sabtu kita buat cucur jugak tp cucur ikan bilis, semalam pulak buat cucur udang, hari niiii nak buat apa ya? nmpk sedap pulak cucur tauhu akak tu! ninja kita mesti suke nanti nak cuba buat! macehhhhh!!

Ayu said...

Assalam kak anim, kita pun suka cucur aka jemput2 tak kira apa flavour..heheh, semua kita bantai..
boleh masuk list ni..memang sesuai buat berbuka puasa ..

izahdaut said...

kak nim, soalan tauhu kering yang 4 segi tu ye kak nor?yg slalu ngan taugeh tu ke?

TopsyTurvyMum said...

Menarik jugak menu ni kak anim.
Kalau cucur2 ni buat menu iftar memang laku:)

tun_telani said...

semalam masa berbuka tun pun makan cucur!! sekali sekala dpt mkn cucur mmg rasa sgt sedap!

Acik Erna said...

anim akak ni tak berapo goma makan tahu..kecuali tahu sumbek..kot sodap boleh cubo ni.

Yatie said...

waduh nmpk menyelerakan cucur akak ni..mmng sedapkan kak makan dngn sos kegemaran...takleh renti asyik dok ngunyah je depan tv..

anie,Nagoya said...

sekom kkanim.lom dpt mkn cucur udang ni.tgk kat bazar tak de yg menyelera.

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kak Anim...
Hawa pun suka buat cucur tak kira lah yg ada ltk kentang, tauhu ataupun ikan bilis.. siap cicah ngan sambal tumis lagi..
kak anim sihat? hawa bln puasa nih N3 kat blog ada kurang sikit...

anymz said...

to kaklong
akak ni kan kaklong,tiap kali bulan poso mesti ketagih cekodok..hehe


to mas
tu lah pasal kan mas?..entri pulak keluar pagi2 ya tak?


to cendana kasih
boleh lah buat balik norma.sesekali apa salahnya.oppss takot tak muat baju raya nanti ya.hehe


to quinnie
mmm..lama lagi lah tu agaknya ya.kena tunggu teringin.entah2 lepas raya baru teringin kot.hehe


to azatie
cuba pulak nanti ya atie.menu ni sedap makan lepas bertadarus atau lepas terawih..


to ayu
sesuai sgt2 lah ni ayu..tak berat kan?


to izahdaut
ya lah zah.tahu putih pun boleh tapi akak goreng dulu.

anymz said...

to ttm
menu iftar selalunya jgn buat yg berat2.nanti tak laku masuk ke cik tong pulak kan?bukannya boleh makan berulang2.:)


to tun_telani
akak tak pernah jemu dgn cucur ni tun..tak kira lah cucur apa pun.:)


to acik erna
namo pun cekodok kak.lotak tauhu yo sebagai sampingan.memanglah sodap.akak try lah buek yo:)


to yatie
sedap kan yatie?betul tu makan sambil tgk TV.


to anie nagoya
kena buat sendiri lah anie..yg jual kat bazar tu dah sejuk2 belaka.hehe


to mamaHawa
akak sehat hawa.alhamdulillah.mmg bulan posa ni slow sikit berblogging.masa tu rasa tak cukup je kan?


to ijayuji
eh baru terperasan si ika dtg bertandang.
sori lah tak nampak.hehe
nanti cuba pulak cucur tauhu ni ya ika.senang buat cucur.jimat pun jimat kan?