Wednesday, 17 August 2011

Puff Pastry Inti Sardin

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi buat semua pengunjung2 mykitchen.
TerimaKasih akak ucapkan di atas kesudian teman2 untuk bertandang ke sini.
Kesedihan masih melanda di persekitaran kawasan tempat tinggal akak ni.
Walau pun arwah tidak ada pertalian darah dengan kami tapi dengan pemergiannya menemui pencipta dalam keadaan mengejut membuatkan kami semua berada dalam keadaan dukacita yang amat sangat..Apa lgi bila mendengar suara anak tunggal lelakinya mengalunkan azan..masih sengau lagi suara Aidil (anak arwah) menandakan dia masih lagi menangisi pemergian arwah ibunya...:(

Akak buat pastry puff sardin untuk iftar semalam.
Badan masih lagi rasa sengal sebab kurang tidur.Guna apa yang segera aje lah.Tengok dalam freezer masih ada lagi baki pastry 'kawan' ni.Kira ini dalam projek nak menghabiskan apa yang patut lah kan..Kena clearkan freezer tu sebelum syawal.
Akak buat puff inti sardin.Senang kerja.Nak resepi ke?..
Tak apa,.. akak letak buat rujukan anak2 di masa akan datang.



bahan-bahan

6 keping pastry puff jenama 'kawan'
1 tin sardin tin kecil-keluarkan isinya dan hancurkan
1 biji cili hidup-di buang biji dan potong halus
1 ulas bawang besar-saiz sedang-di potong dadu
sedikit garam
1 biji limau kasturi-di perah ambil jusnya

cara

Panaskan oven 180C
Sapu acuan dengan marjerin
Semua bahan di atas di gaul bersama.Letak garam dan jus limau.ketepikan
Bentang pastry di atas landas yang di sapu sedikit tepung untuk mengelak dari melekat
Letak inti sardin dan lipat tiga
Tekan2 hujung pastry supaya ia melekat.
Akhir sekali tekan hujung yang melekat dengan garfu dan sapu permukaan dengan kuning telur
Bakar hingga masak


Gambar ehsan dari google

Buat semua kazen yang bertanya,inilah rupa puff pastry jenama 'kawan'
Boleh beli kat mydin,kat Giant.
Inti ikut suka korang lah ya.Jangan letak sambal belacan sudah.
Nak hidangkan masa raya?..Boleh aje..:D

6 comments:

ijayuji said...

Salam kak anim!!! ada lagi tak puff inti sardin tuuuu kita dtg nak bf hihihi kalaub f kat umah tak boleh kena bf umah org hihihi... kat sini paratha ajerr yg ada jenama kawan ni tp sampai skrg duk tunggu jugak dia punyer puff pastry tp tak dok :-( tengok jer lah org buat puff mcm nii :D

inaku79 said...

k.anim, boleh la try ni. hari tu baru jer beli kulit pastri jenama kawan tp lain sikit yg saiz besar. akak bakar suhu berapa?

bila k.anim cite psl arwah tu teringat plak jiran saya dulu meninggal dalam tidur masa bulan ramadhan. masa tu saya sekolah lagi. ujian di bulan ramadhan bg mereka.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak Anim.apa kabar?semoga akak sihat dlm menjalani ibadah puasa yer.kat sini xder menjual pasty puff camni...biasa klu ziarah anak kt asrama...g beli jajan depa...atie rembat la dlm 2-3 bungkus brand kawan nih..hihi

izahdaut said...

innalillahiwainna ilahi rajiunn..
saya baru terbaca kisah maksu tu. semoga rohnya ditempatkan bersmaa org2 yang beriman...

kak animm.. jangan lesu2 gitu kak anim..jaga kesihatan.. jaga makan... tetibe sedih pulak kenangkan anak2nya tu..semoga anak2nya menjadi anak2 yang soleh solehah yg mendoakan emaknya..

kak nim, kamere baru ke? lawoo gambooo

tun_telani said...

tun pun tumpang sayu je baca.. semoga keluarga arwah tetap tabah iA..
tun xpenah jumpa lg pastry kawan ni.. sedih x? huhu..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
Salam takziah buat keluarga arwah... Al-Fatihah..
akak... puff pastry sardin tu nampak cantik ler akak... mudah jer kan keje ngan kawan nie... :)