Thursday, 11 August 2011

Sambal Telur

Assalamualaikum semua

Entri akak petang ni khas untuk si bujang dan dara yang kepingin nak masak sendiri tapi hilang idea nak masak apa.Juga buat anak2 akak yang sudah mula hidup bersendirian di luar sana.InsyaAllah lepas ni akak cuba ketengahkan menu yg simple buat kalian semua untuk mencuba waktu berbuka nanti.
Kadang2 jemu juga dgn lauk pauk yang ada di bazar ramadhan tu kan?Harganya toksah nak cakaplah.Nak buat macam mana harga barang2 basah pun bukannya murah.
Harap2 takde lagi bunyi2an..'mak mcm mana nak masak ini atau kak macam mana nak masak itu.'
Kalau boleh tu cuba lah masak walau pun hanya menu yg ringkas.Contohnya seperti masakan hari ni


Sambal Telur
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah saji 2005

Bahan-bahan

3 biji telur
1 labu bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
1 cawan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
Garam dan Gula


Cara

Panaskan minyak dan tumis kedua-dua jenis bawang hingga kuning
Kemudian masukkan sedikit garam dan gula
Tuangkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan juga asam gelugur
Setelah sambal sudah masak,pecahkan telur ke dalamnya
Biarkan telur masak sendiri di atas api yang kecil.


Sambal telur jenis ini berbeza cara memasaknya
Telur mata kerbau yang di pecahkan terus dalam sambal boleh juga di hancurkan sedikit ataupun di biar begitu saja.

14 comments:

abghani said...

rasanya saya dah lama tak makan sambal telur macam ni.Dulu masa kecik mak saya selalu buat.Rindu pula dengan masakan mak.

Ummi said...

Anim....anak2 Ummi kalau dapat sambal ni, hari2 pun xpaa..kalau sahur x reti nak masak apa, diaorg awal2 sebut, sambal telor ceplok nih..hehe

izahdaut said...

kak nim.. feberet nih..
saya kan kak nim, 1st time semalam gi pasar ramadhan.. tapi sedisss.. agaknya entah le makanan tu tak sesuai ke apa kan, si kecik muntah2 lepas minum soya.. saya lak, tak lama lepas berbuka ke toilet.. lepas tu cam serik je nak gi dah..bila kenang balik ebu je perut.. haishh ngengada je kan..

moral of the story, masak sendrik la biarpun simple

Yatie said...

sambal mcm ni mmng kegemaran kami sekeluarga....makan dngn nasi lemak lagi best...

Mas said...

kak anim...mas dah lama tak buat sambal telur gini..
sedappnya tengokkk.....

betul tu izah...baik masak sendiri..
aku klu beli kat bazar ramadhan, aku beli tempat yg aku dah biasa beli...
tak la rasa ralat membelinya...
laki aku baru2 ni try beli karipap bonda,nmpk sedappp....bila gigit karipap tu...mak aiii...tebalnya kulit..inti ciput jerk...sabo jerk...
kak anim..sorry yerk..sembang sini jap..kikikiki

tun_telani said...

secawan cili giling nyer kak? fuhh.. kompom berasap nih.. tun suka makan sambal telur gini. biasa pecahkan telur dlm sambal pastu gaul sikit2..

Mrs Sufatiha Infinity said...

waaa telur favourite ni..ndak plak tgk pic ni nak dekat2 buka posa...tergoda neh..hehe

kasihredha said...

suka sangat dengan sambal
apa2 sambal pun tak pe
dulu tak suka pedas tp sejak berkenalan dengan incik suami tetiba suka pedas...hihi



cucur isi ketam kat bawah tu menarik sgt :)

My Life My World said...

Terima Kasih Kak Anim ... ni bukan hanya untuk orang bujang ni, untuk orang yang dah tak tahu nak masak apa untuk anak-anak pun boleh gak. Nak lagi resepi yang simple dan sedap. Opsss di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih sekali lagi :)

nOOrsha said...

salam kaknim.. dtg sini nak ngendeng sambal telo.. hihih..memang best ni.. perberet ktiowang laki bini.. ngee.. wat buke poser pun selera jugak ni :)

HomeKreation said...

Salam KakAnim... wah lauk simple cam ni lah yg selalu laku kat rumah ni, buat lak ada nasi lemak...hehe.
hehe lauk simple camni tak yah amik kat majalah lah KakAnim, taok2 dlm kuali pun jadi...hehe

anymz said...

to abghani
kg dekat ke abghani?..baliklah hujung minggu ni ya.boleh makan masakan mak.:)


to ummi
sambal telur ceplok mmg simple dan sedap kan ummi..:)


to izahdaut
masak ni tak susah mana pun kan zah?.kira main campak2 je pun jadi.tak kira lah masak apa pun.goreng ikan bilis je pun sedap.janji masak sendiri..
tu kira ko nasib baik tu jah..kalau serious?..tu hari tu ada budak meninggal gara2 keracunan makanan tau..
erkkkk akak takotkan ko ke jah?


to yatie
akak tak pernah makan ni dgn nasi lemak lagi yatie.biasa makan dgn bubur je.:)


to mas
akak dah kena ramadhan thn lepas mas.beli onde2 takde gula dlm nya tu..sakit betul hati.akak kalau ke bazar ramadhan beli murtabak je.itu pun beli dgn org yg dah biasa jual di pasar tani tu.tak berani nak ubah dgn org lain takut kes2 keracunan..
tumpang je lah sembang2 di sini mas..ai tak kesah...hehehe

anymz said...

to tun
ikut suka lah nak letak berapa tun.hehe
dalam rumah akak ni semua makan pedas.maklum anak jati negori.:D


to mrs sufatiha
nanti buat ya..:)


to kasihredha
kalau makan pedas pun jgn berapi sgt kak nanti pedih perut pulak bahaya..macam akak dlm rumah ni kuat makan pedas dan kitorang kuat jugak minum susu..baru belen.hehe


to my life my world
mana menghilang ni cik?hehe
sama2 cik.idea kita kongsi sama2 ya.


to noorsha
hah apa lagi tu sha..sahur nanti boleh buat. :)


to homekreation
hehe..saja letak resepi majalah tu long.akak pernah post entri begini masa mula2 berblogging dulu..lupa nak link kan ke resepi lama tu..janji ada rujukan kan?simple pun takpe..:)

Diana @ Melley Mey said...

akaaak...
sungguh menyelerakan ler sambal telur yg akak buat nie.. nak cuba nnt masa bersahur.. ringaks namun nmpk sedaap