Tuesday, 13 December 2011

Talam Roti Lapis Coklat

 Assalamualaikum semua

Nyaris akak tidak dapat bersiaran hari ini gara2 card reader akak buat hal lagi..Ganas sangat bak kata mr hubby..suka letak merata2...kikiki
Alhamdulillah bertemu kita lagi di pagi selasa ni..Cuaca pun nampak cantik je di luar sana.tak macam semalam,asyik mendung je..Tapi seronok lah bagi sesiapa yang berpuasa sunat tu kan?.
Semalam akak buat talam lapis roti ni.Itu pun setelah terpandangkan post ayu di fb..Memang akak dah rancang nak buat sesuatu yg berkaitan dgn roti gara2 roti  yang sudah menemui tarikh luputnya semalam..Asal mulanya akak nak buat kastad cipon dari dapur Nor@SGN67 tapi bila ayu postkan resepi talam yang beliau ambik dari dapur k1 ni terus tanpa berlengah akak bancuh.Suatu kebetulan semua bahan ada dalam rumah..
TerimaKaseh pada k1 atas resepinya dan ayu yang bagi idea ini..


Talam Roti Lapis Coklat
by
anymz mykichen
Resepi:Kak Wan

Bahan2

4 keping roti sandwich-buang tepi,siat kecil + rendam dgn 100 ml air.
50 gm gula pasir-akak guna 80 gm
1/4 st garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 tepung sagu
1 st coklat emulco

Acuan lompang  (10-12 biji)


Cara

1-Masukkan roti ke dalam pengisar.Ketepikan
2-Satukan air,santan,gula dan garam,masak hingga gula larut.Biarkan suam.
Masukkan tepung beras dan tepung sagu.Gaul rata.
3_Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
4-Bahagi kepada dua bahagian,satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
5-Tuang warna asal,kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
6-Tanpa mangangkat dari pengukus,tuang adunan coklat ke ataslapisan bawah tadi.
Lap tutp pengukus dan kukus selama 10-15 min dengan api sederhana hingga masak


17 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

teringin nk buat bila tgk kt bloh k1
but tepung sagu x der plak
cian kan,....nk blk kena borong segala jenis tepung la

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Anim...

Sedap Ni Kak...Nampak Cantik, Menarik Dan Mengiurkan!

Buat Minum2 Petang Bestnya...

izahdaut said...

Kak animmmmmmmm
How are uuuu..
Kencang nya dapo akak skrg. Kagum kagum. Akakkk.. Sedap tak talam ni. Ada gak roti nk expired. Leh buat tuk anak2 minum ptg krang. Ke nak buat kek gula angus bawah tu. Bais suke gile kek tu. Jap pikir .... Haisss ntah le. Silap karang ikut umi dia kunyah sekut mayat jela petang kang. Kiki

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Nampak juga kat umah Ayu...bab2 coklat nie...memang laris...nanti kena cuba juga ya.

Roses_Leo09 said...

roses_leo09 aka hanim

anymz,
hanim KIV resepi ni yer

EmbunRosaliza said...

Assalam kak anim, sedap nampak talam tu, kaler coklat mmg menjadi pilihan anak2, mesti sedap lemak berkrim

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

semalam baru terliur tengok rumah ayu.ni ada kat umah anm pulak.kecur air liur,

Gee® said...

waaa....nmpk menyelerakan lah kak nym... sy mmg suka kuih muih melayu ni lebih2 lagi musim hujan begini asik laporrrr jer perut.... ptg ni nak buat kuih cok badak pulak keledek semlm ada lagi...

blog-tips-kurus said...

tolong!!!!!!
saya pon terliur ni. sekian. :)

konde said...

hm... sedapnya

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

kasihredha said...

comey je kak...
sekali ngap je ni kak.
Nampak sedappp sgt

Kak Sam said...

Hrmmm kat rumah ada roti. Jadiiiii.....

CT Delima said...

Ass'alam Kak Anim

Laju betul enjin trubo kak Anim ni. cepat betul dah sampai sini ya kak. CT yang dah salin dari blog Ayu ni tak sempat2 lagi nak buat...hehehe. Nanti nak buat kak nampak kelainan kan kuih ni :)

Kazman & Sue said...

cantiknya roti..... macam sayang nak telan la pulak...

rahel said...

Canteknya kuih talam roti ni..skali ngap je..hehe..

KakAsma said...

kak nim
,
sedap tak talam gini..nak try biler 2 nnti.buh perasa stoberi ke..hihihihi

Ummi said...

Assalam Anim cayang...kita lambat datang, bot bocor la redah air ats jalan...ada lg tak talam lapis tu... :)