Friday, 9 December 2011

Puding Sagu Pelangi

 Assalamualaikum

Ada yang tertanya2..cepatnya kak nim update blog sekarang..Ada jugak yang berkata2 rajinnya kak nim memasak...
Sebenarnya gini lah akak kat rumah.Bayangkan bila selama ni akak tak pernah menang tangan menguruskan anak2 yang seramai enam orang tu,tiba2 sekarang ni rasa macam magic.semuanya sudah besar panjang.Tiga orang di atas sudah lepas 21 tahun.Amir masih di Uni.Hanya tinggal wazir dan Ainul je di rumah.Ainul pulak waktu ini berada di taiping bercuti di rumah makciknya..Jadi akak ada baaaaaaaanyak masa terluang sekarang ni..
Tidak akak nafikan masak memasak ni merupakan suatu terapi minda bagi akak.Boleh lepas tension dan menyeronokkan..
Masak banyak siapa nak makan?..
Siapa lagi kalau bukan anak2 buah kesayangan akak di Seremban tu..Masaklah apa pun pasti habis di makan oleh budak2 tu..Tak pandai berkata tak sedap..manjang sedap je di tekak diorang..Budak2 tak pandai tipu kan..hehe
Okay..puding sagu ni akak buat untuk di jamu pada kawan2 yang dtg bertandang..Kalau nak harapkan wazir dan en somi yang habiskan memang takdelah...Lain lah kalau akak potong kecil2 puding ni curahkan susu cair di atasnya..isshhh..pokcik tu mmg memilih bila bab puding.Hanya akan makan yang berkuah gitu..
Walau apa pun puding ni memang sedap apatah lagi kalau di makan musim panas..


Puding Sagu Pelangi
by
anymz mykitchen
Resepi:Gert



Bahan2

1 cawan sagu biji putih
1 liter air
20 gm serbuk agar2
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara

1-Rendam biji sagu selama 2 jam.Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekit-lekit.
2-Bahagikan biji sagu ke 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza2.Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3-Dalam periuk yang lain,masukkan 1 liter air bersama serbuk agar2,gula dan daun pandan.
Masak hingga mendidih
4-Masukkan susu cair kemudian tutup api.
5-Cedok 200ml larutan agar2 dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan  yang telah di basahkan dengan air.Biar keras seketika sebelum mengelar permukaan dengan agar2 dengan pisau.
6-Cedok 200ml  larutan agar2 tadi dan masukkan 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata.Tuang perlahan ke tas lapisan pertama tadi.Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar2 dengan pisau.
7-Ulangi langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar2 dan biji sagu di gunakan.Sejukkan dalam petia ais.

Note:
Untuk setiap lapisan yatie masukkan dlm freezer(1-2min suhu max) supaya puding cepat beku
Ulangi langkah di atas

12 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nim kita setuju masak tu 1 terapi la...Kalau tengah geram ketuk kuali kuat2.sagu tu nampak cantik .Kita pun buat pretzel last week.

EmbunRosaliza said...

Assalam kak anim, bestnya akk anak2 semua dah besar panjang, itulah org kata susah masa anak2 kecil je, bila dah besar masing2 sibuk ngan urusan masing2. Rajin akk masak2 untuk anak buah, mmg ya bebudak2 tak pandai menipu, seronok bila semua org suka.

Cantik puding sagu tu lapis warna warni

rahel said...

Salam Kak Anymz...rajinnye buat puding..siap kaler pelangi lagi tu...cantek...sedap dimamam..

Ummi said...

Assalam Anim cayang...pas sikit 4 ketuii puding sagu pelangi tuh...meleleh air liur kita tgk..amboii jamu kawan, kita pun kawan kan..kan..nakk, naaakk...hehe. Ummi penah dulu2 buat puding ni resepi Gert tau, tp dah lama sgt...nnt leh try resepi ni lak... cantiiiikk jek potongan puding tu... :))p

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

alololo..menariknya kaler dia...nyum2...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

color yg menarik
rona roni
but ayu x der stok sagu la plak
dah habis masa bln posa hari ni nangessss

ady said...

as-salam kak anymz
nice combinations of colour kak puding sagu tu..cantik dan menarik..

Yatie said...

cantiknya puding sagu pelangi akak ni.yatie suka tngk sagu2 tu..mcm permatakan....ceria gitewwww..

Naz / Nadz COSK said...

Amboi kak Nimmmm..
Cantiknya puding sagu pelangi akak.. Bnyk pelangi dah dlm rumah yer... Ni Naz bawa sikit ah kek gula hangus...

nOOrsha said...

salam k nim..comeynye belang2 pelangi ni..nmpak sedapppp nye punnnn....hahaha... ^^^^___^^^^

HaSue said...

Kak nimm..i misss uuu..!!
seronok yer kak nim anak2 dah besa2 kannn..byk masa terluang..jeles aii..hehe..
puding sagu nih x pernah try lg..bila laa nak rajin cam kak nim nih

LinRosly said...

Assalamualaikum Anymz


Cantiknya Berwarna Warni...Cunnnn Gitu...Kalau Cuaca Panas Sedap Ni...Satu Mangkuk Pasti Tak Cukup!