Wednesday, 21 December 2011

Bingka Suji

Assalamualaikum semua

Setelah bercuti beberapa hari,hanya kini akak berkesempatan utk mengupdate entri terbaru..
Minggu ni memang minggu yang akan menyibukkan diri akak..Dengan majlis pertunangan anak buah en suami dan beberapa majlis walimatul urus yang perlu akak hadiri...hadoiyai...tak dapat akak bayangkan bagaimana keadaan akak.
Sebab tu tempahan rendang dan sheperd pie dari seorang kenalan tidak dapat akak terima untuk minggu ni..InsyaAllah tahun depan ya shah...akak dah tulis kat white board..Don't worry.thn depan tinggal berapa hari je lagi...Juga beberapa tempahan RVC utk chinese new year dari seorang kenalan en suami..takpe2 itu thn depan punya cerita lah kan?..kikiki
Bingka Suji ni dah jadi fav akak sekeluarga sekarang ni..Memang sedap dan berlemak.Tepung suji atau semolina ni sudah lama ada dlm simpanan akak..simpan dalam esbok utk tahan lama..Pernah tengok di dapur zana dan jun jugak..sekadar menyebut beberapa nama..Yang lain2 puas akak nak cari link tapi ialah orang lain semua dah lama buat kan hanya sekarang ni aje bingka ni berkesempatan menjengah ke my kitchen..
Akak tak letak esen pandan atau daun pandan atau pewarna hijau.Akak biarkan aje bingka ni dengan kaler aslinya..Cuba lah memang sedap dan terbaik dari ladang bingka ni..


Bingka Suji
by
anymz mykitchen
Sumber:Nieza

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A

110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)




Cara Membuatnya:
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...



akak tak tunggu lama..bila dah ireng di bahagian bawah terus akak tutup api..
Bingka ni akak potong waktu ia masih panas lagi..

11 comments:

kasihredha said...

ohh kak anymz ku sayang...
muncul2 aja dah tayang bingka suji ini...sungguh tergoda.

cik cek said...

Tepun suji ada dah tu...memang plan nak buat bingka ni..tapi dokla bertangguh2....tgk kat dapo akak...lagila teruja nak buat...nak buat...nak makan bingkaaaa...he he..:)

tun_telani said...

wah..bestnyer kenduri.. xde pulak org kawin kt kg nih. kalau x buleh gak nk gi nyebok2 kacau gulai. hehe...
tun xpernah beli semolina nih. rasa pun xpernah. sedap ye kak. kalau jumpa nnti blh la try.

Ummi said...

Waaaaaaaaaahhh Anim dah pecah dara SM tu eh...tu diaaa....mcm serupa jek jgk yg Ummi sambar...hehehhee.. Okeh la kita membingka jgk la nnt...hehehe :)

dZana said...

aslmkum.. ppgi mgintai sini jap. sya rasa cam nk buat lagi bingka ni bila tgok sni .. cantik jer masaknya bila guna SM..

Yat Maria said...

salam K anymz

wahhh kak...dah 2 kali kita terpandang ni bingka suji...harus kita buat jugak...sodap kan kak??

Acik Erna said...

anim..kek mano boli tepong suji ni..dah 2 hari akak merayau cari..abih supermarket kek somban tu..ko..akak yang tak konal..dan tak jumpo..he he

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cantik bingka suji tu..akak pun dah buat ambil kat dapur along juga...sedap

harleena said...

kak anymz, memang sedap nampak puding tu. Kena gi cari tepung semolina la cam ni.. mesti dicuba gak..

CT Delima said...

As'salam Kak Anim

Wah akak sedapnya kuih bingka suji ni, ct pun suka. kalau kasi lama lagi bakar kak lagi sedap ada kerak2 tepi da tu..wallahhh.

Oh tepung suji tahan lama eh kak kalau simpan dalam petiais. kat belah mana..atas ker bawah kak? bagus ni petua kan :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Anim...Bingka suji ni nampak sedap, tapi saya belum pernah makan apa2 kuih berasas tepung suji lagi...