Wednesday, 14 December 2011

Sosej Sos Cili Thai

 Assalamualaikum semua

Hari ini memang akak agak sibuk sedikit.Memang masak yang cincai aje..Stok dalam freezer sudah byk yang takde.Yang ada cuma tepung dan yang sewaktu dengannya..Ya akak simpan tepung dlm freezer nak bagi tahan lama..Jangan terkejut lah ya..kekeke
Bila sudah kesuntukan waktu untuk memasak maka idea sosej kakpah ni lah yang menjadi tarikan..Resepi ni cuma di jadikan sebagai rujukan aje Tapi cerita yang sebenarnya akak guna bahan2 yang ada dalam rumah aje lah..kentang semua takde.sosej pun guna sosej yang biasa.Hujan lebat tadi takde siapa yang hendak di suruh ke kedai..Nak start enjin kereta tu pun malas pulak..errrrr malas banyak sebenarnya..hehe
Okay ! ini aje lah yang dapat akak hidangkan buat pengunjung2 sekelian..Siapa2 yang sibuk diluar sana tu,boleh angkut idea resepi ni..Memang berbaloi bagi anak2..
Malam2 nanti akak BW ke dapur puan2 ya...


Sosej Sos Cili Thai
by
anymz mykitchen


 Bahan:

1 bungkus sosej lada hitam, dipotong ikut citarasa
3 biji ubi kentang dipotong dadu besar 
5 sudu besar sos cili thai 
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus 
10 batang kacang peas
1 biji tomato dipotong dadu besar
3 sudu besar jagung adabi
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk kasar 
sedikit daun ketumbar dipotong kasar sebagai hiasan



-  Ubi kentang digoreng sehingga masak.  Ketepikan.
-  Gunakan minyak menggoreng kentang tapi keluarkan sehingga cukup-cukup untuk menumis bawang merah dan bawang putih.
-  Apabila wangi masukkan sosej. 
-  Masukkan kacang peas dan bawang besar
-  Masukkan ubi kentang, sos cili thai, lada hitam dan jagung. Agak-agaklah banyak mana nak bubuh sos cili.
-  Gaul rata, padamkan api dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul dan hidang.

9 comments:

tun_telani said...

1st time dengar org simpan tepung dlm freezer. hehe.. tun tiap2 kali gi shopping beli 2-3 kg tepung, mmg xsempat nk simpan sbb cepat je habis.. lauk simple mcm ni mmg cepat laku..
kat sana pun hujan lebat ye, mmg malas betul nk kuar bula hujan kan..

tun_telani said...

hihi.. jadi 'bula hujan' pulak... 'bila hujan' =)

konde said...

lapar tengok nih sosej

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Liza said...

salam kak anim...kalau anak2 liza dah xpandang lauk lain dah....hihihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nim sebenarnya yang ringkas tu la yang sedapkan.Lebih2 lagi bila kita masak campak2.

EmbunRosaliza said...

Assalam kak anim, lauk gini mmg cepat la habisnya, memang menjadi pilihan ank2 ni, sedap kak

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.anim.Klu malas nak g kedai camni lar..atie pon sama gak.Kdg2 masak apa yg ada lam esbok & kat dapo...HB kata atie kreatip..hihi.

rahel said...

Masak je apa ug ada kat dapur...walaupun simple tetap sedap..

maz said...

salam kakk..sdpnya meratah tuuu..biasa sosej asik buh lam rti je kan...tu kita la..hehee..