Tuesday, 6 December 2011

Roti Pratha je....

Assalamualaikum semua

Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera.
Hari ni kita tengok menu sarapan orang sibuk ya.Simple dan sedap..Tapi bagi akak yang menjadi surirumah sepenuh masa ni..kali ni bukan akak sibuk tapi malas..hehe..
Ya lah dah beberapa hari menyibukkan diri dengan berkemas dan 'mengemop'..badan pun mula lah rasa pelik semacam.kita ni bukannya muda macam dulu.Bila enjin dah terlebih guna mula rasa pelik..
Ada lebihan kari daging yang akak simpan dalam freezer terus akak panaskan dan makan dengan roti pratha sebagai sarapan.Kenyang sampai tengahari nih..
Kali ni takde resepi.Ala semua roti pratha tu kan instant punya..
Ini cuma sebagai idea buat adik2 yang bekerjaya tu kan..Cuba lah ya..Boleh makan dengan kari ayam,kari sardin atau apa2 jenis lauk mengikut kesukaan korang...makan dengan gula pun boleh..


Roti pratha jenama 'kawan' memang ada di mana2 supermarket.
Boleh beli yang plain ataupun perisa bawang ikut suka mokcik2 dan pokcik2 lah ya.


Ini bahagian luar.Terlupa pulak nak snap pic sebelah dalam yang sudah akak makeup dgn telur.
Sedap


kari daging zaman bila entah.Sayang punya pasal ada belen daging dua tiga ketul pun akak simpan dlm tupperware sumbat dlm freezer.Bila2 teragak nak makan terus panaskan aje.Sebab tu kena pastikan stok roti pratha atau roti canai segera mesti ada dalam rumah..Itu kalau waktu malaslah kan.Kalau waktu rajin kita uli sendiri le roti canai tu siap dgn kuah dal sekali.Nanti senang2 akak post resepi homemade roti canai ya..


9 comments:

Anna Qawina said...

Amboii, tajuknya ada..'je'..kita ni sekut kering jeee cicah air..sibuk tu takdela, tapi malas juga ada..haha

tak ernah bli prata ni, nak cari gokla..

amiey lee said...

heee terliurrr pepagi tgk ni

Lieya said...

Roti prata aka roti canai... sedapnyeeeee

tun_telani said...

hahahha.. mmg xtahan nengokm komen kak anna.. sian pulak rasa ;p
dh lama xtambah stok roti paratha.. problem bila ada stok ni, selagi x habis, sekali tu la duk mengulang bukak peti ngan panaskan roti paratha nih.. sabo je la kan..

KakAsma said...

ahaa la kan sesekali sarap roti pharata mmg sedap...hehehe time malas senang

kaklong said...

bak sikit ha?

Kazman & Sue said...

roti prata ready made... senang untuk kami juga yg bekerja... pepagi siap utk anak2x... heee3x

Liza said...

salam kak anim...sama la kita, bila enjin dah terlebih guna, mula lah amik masa nak caj balik ....hihihhihi

Malinda said...

assalam kak ..terliur sy kak tengok roti canai akak ni cam garing jew cicah kari memang layan ni...hehehe