Friday, 28 October 2011

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita di petang Jumaat yang mulia ini.Penghulu segala hari.
Maaf agak lambat akak bersiaran hari ni.Banyak sangat kerja yang perlu di selesaikan.Kerja rumah tak pernah habis kan?..Alhamdulillah dapat juga akak merasa air tangan Ummi ni..hehe...seperti jugak yatie ,nak harapkan ummi masak untuk kita memang tidak lah kan.kecuali kita ni buat muka tak malu menunjukkan diri depan pintu rumah ummi.sebab tu akak pun angkut resepi ayam sos siam ni dari rumah yatie.

Sedap lah ayam sos siam ni.Bila anak2 kata sedap mak pun senang hati lah kan..Tunggu ayah balik petang nanti.Kalau ayah pun kata sedap lagi senang lah hati mak ni kan...hehe
Akak nak kejar masa atas suatu urusan.InsyaAllah bila dah relax2 nanti akak balas komen teman2 dan seterusnya BW ya..



Ayam Sos Siam
by
anymz mykitchen
Resepi:Ummi@HSH


Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili (Yatie letak 1/2 cawan sos cili dan tambah sedikit air)
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)-akak letak kedua2 jenis daun
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

9 comments:

cik cek said...

Kak Nim...
Kalau adA cili padi pas tu ada pulak daun kunyit ngan daun limau purut....emmmm...confirm sedapppp....

izahdaut said...

simple..bebahan pun ada. kepala pun tengah pikir nak masak apa dengan ayam tu,alhamdulillah ada pun resepinya dipetang hari.. bagai disorongkan bantal betul. tq tq kak nim

Lieya said...

Heee sedapkan ayam masak sos siam ni, mabelesssss sangat...

Ummi said...

Anim...tqqqq for trying...kat dapur ummi mmg xda resepi yang susah2 bangattt...sume jenis yang nak cepat jek, al maklumlah....kang nganga sakan org tunggu nak makan, nak snap gambor lgk...hehehhehe, sedap eks? ^__^

Liza said...

nmpak pun mmg sedap ayam ni kak anim..nnt liza pun nk try la menu simple ni..

cikmanggis said...

salam anymz..nampak pun dah tahu sedap ni.Jika pedas memang menjadi pilihan akak ni:)

tun_telani said...

wahh.. simple je. tp nmpk pun dh tau sedap nih..

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
tngk lauk akak ni buat terliur je...mmng sedapkan ayam sos siam ni...lenkali boleh masak mcm ni lagikan...

Salwa said...

terima kasih. Ada rezeki saya akan cuba. :)