Tuesday, 10 January 2012

Sup Cendawan

 Assalamualaikum semua

Terpaksa menyepi di fb buat seketika.Entah ribut apa yang melanda akak tak boleh nak komen atau pun update status di fb..so masa lapang di habiskan dgn membaca post2 yang sudah di tag di wall ..Alhamdulillah masih ramai kawan2 yang sudi tag gambar2 makanan..Buat akak terliur dan tirguda sudah..hehe
Malam2 ni akak tayang menu sup cendawan buat idea teman2 yang sudah kehabisan idea untuk memasak di musim panas ni..Sekurang2nya pagi esok korang ada idea nak masak apa.
Hirup kuah sup terasa segar sedikit di tekak dan amat sesuai di makan dgn sambal atau pun sambal belacan dan di tambah dengan gorengan ikan pekasam atau pun ikan masin..Berselera sungguh jadinya nanti..hehe..


Sup Cendawan
by
anymz mykitchen


bahan2

1 paket cendawan tiram yang jual paket tu
3 biji telur
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
rempah penumis 4 sekawan
1 kiub ayam/ikan bilis
1 liter air
garam secukup rasa
daun bawang dan cili hidup untuk hiasan

cara
hiris bawang besar dan bawang putih.ketepikan
cendawan di siat2.ketepikan
daun bawang dan cili hidup di potong dan cili di belah empat
panaskan minyaktumis bawang2 dan rempah penumis.
masukkan air,kiub dan garam
bila dah mendidih masukan telur yang sudah di pecahkan dalam bekas berasingan
.jgn sampai kuning telur tu pecah
didihkan
masukan cendawan.
rasa garam
masukan daun bawang dan cili.
sedia untuk di hidangkan.

Sambal Ikan Aya
Resepinya di SINI ya..


13 comments:

kasihredha said...

suami akak suka sup cendawan ni...tak mkn nasi pun tak pe...makan mcm tu aje :)

tun_telani said...

ngences bila dengar tang belacan ngan ikan kering.. kalau tun, bila dapat cendawan ni, xsemapt nk wat mende lain, mesti nk goreng celup tepung. kalau nk wat sup kene beli banyak2, dh puas mkn celup tepung boleh la wat sup nih. nmpk sedap jugak.

LinRosly said...

Assalamualaikum Anymz..

*Aduhai! sedapnya kedua2 masakan ni...Kak Lin suka makan menu mcm ni dengan kicap...seeeedapppppnya hingga menjilat jari...

View said...

Assalamualaikum,
suka sangat dengat cendawan tak kira masa apapun hihi sedap.









asalamualaikum,

rahel said...

Rahel suka sup cendawan..sedap rasanya..tapi tak suka mkn cendawannya..hehe..

ozzy said...

sedapnya cendawan tu..

Ros said...

Salam Anymz,

Selalunya sup cendawan lagu ni Kak Ros suka makan dia saja,tak mau makan ngan nasik...

Emmm...sedapnya...

Ummi said...

Assalam Anim....waaah ada sup cendawan, ikan masak sambal camni...mmg ngam ngam sap suiii... Tumpang makan sini tghri ni yea..

Mas said...

kak anim,...
gabungan yg mantop tu...
sedappnya tengokkkkkkkkkkk.......

Rima said...

KAnim
ahhhh bak semangkuk hehe.. long long time ago Rima suka masak soup macam gini.. pakai all kind of cendawan.. tu fav my first hb.. then semenjak bernikah lagi.. encik hubs tak fav sayur mayur unless salad or mushroom soup omputih punya.. now tengok KAnim punya soup ku teringat.. eh eh not the first hb.. but the soup cendawan hahaha

izahdaut said...

saya suke sup gini,. n mmg suke cendawan tiram. kalau gi pasaraya, sah mmg amik paket 500gm tu. best buat sup

cik cek said...

suka jugak sup cendawan...sedapp...:)

Nieza said...

sedapnya kalau dpt hirup sup cendawan ni time sejuk beku kat sini..slurrpp:)