Thursday, 21 July 2011

Gulai Ayam kampung

Assalamualaikum semua

Dah lama akak tak bersiaran dengan masak lomak ni kan?..Bukannya tak masak tapi kan..ada orang tu marah betul kalau akak post entri masak lomak..
Tapi kini beliau dah merasa masakan masak lomak akak,rasa2nya tak marah lagi kot.:D

Ayam kampung ni akak gulai semalam sebagai menu berbuka kami...
IzahDaut boleh bayangkan dari mana datangnya ayam ni kan?..

Alhamdulillah nampak je besar ayam ni masa tangkap tu tapi bila dah menggulai lembut betul isinya.Buat gulai ayam ni atas permintaan si kecik Ainul.Dah lama mak tak masak kuning katanya..Isshh..kalau dah anak org negori tu tekak nya nak yang kuning aje lah kan?..6 orang anak akak kecuali seorang lahir di Alor Star,yang lainnya semua di Melaka..Macam mana tu?..Hah!..lain kali kita story mory tentang tu ya..hehe

Ayam kampung akak suka masak je tapi tak berapa suka makan..Entah kenapa tekak ni susah sikit nak terima.dah selalu post resepi tapi akak letak je lah ya..buat pengunjung2 baru.


Gulai ayam kampung
by
anymz mykitchen


bahan2

1 ekor ayam kampung yang sederhana besar
25 tangkai cili padi-di buang tangkai*-nak pedas tambah lagi
sedikit kunyit hidup*
bahan bertanda * di tumbuk bersama atau di kisar juga boleh, guna mesin pengisar kering
santan dari 2 biji kelapa
3 ulas bawang merah-di hiris
sedikit halia-di hiris mancis
2 batang serai-di titik tapi akak kisar bersama cili padi tu
sedikit garam
jika suka boleh tambah ubi kentang/nangka-kalau guna nangka rebus dulu nangka tu ya.

cara

rebus ayam kampung sehingga empuk
bila kuahnya sudah hampir kering,masukan cili padi yang sudah di kisar halus,bawang merah halia dan serai
gaul bersama dan kacau rata
masukan santan dan garam
masukan ubi kentang atau nangka
masak hingga mendidih
kecilkan api dan tunggu sehingga keluar sedikit minyak
tutup api dan sedia untuk di hidangkan

Ayam kampung memang manis kuahnya

*Jika menggunakan santan segar.Untuk seekor ayam kita perlukan setengah kg santan ya dan jangan lupa tambah 2 atau 3 gelas air.Itupun bergantung pada besar ayam tu.kalau kecik size ayam,kurangkan santan.


15 comments:

Nieza said...

assalam kak Anim, saya ni baru nk masuk tido tapi bila terpandang msk lomak ayam kg akak ni terus singgah...my fav tu kak.bilala dpt merasa msk lomak kak anim ni..ehhh..lapar lak perut ni.blk tido dulu..hehehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam & Selamat pagi Kak Anim...

Menggoda betul tgk gulai ayam kampung tuh..Kak Anim tak mkn ayam tuh sbb kak anim bela ke?Apa2 pun Hawa sekeluarga mmg suka mkn ayam kampung yg tak sgt tua nyer + isi yg kehitaman sedikit..fuyoo mmg sedap..jejas air liuq Hawa pagi2 nih :P

kasihredha said...

nak pelukkk kak anymmm
akak suko lauk ni...
nak datang makan boleh?? hihi

ibundo said...

salam orang kampung!! muahaha.. lamo tak nyingah. camano nak nyinggah rumah sondiri yo lamo tak masuk.
weh masak lomak ayam kampung kau. Apasal lak tak makan ayam kampung. Kalau dulu-dulu iyo lah goli makan ayam kampung ni sobab orang dulu beghak bolakang pokok pisang. Lopeh tu datang ayam ni dipatuk-patuk e. haha.. sokaghang ni orang kampung somo dah ado jamban.

izahdaut said...

sapa yg tangkap ayam tu kak? abang akak ek? kalau kat kampung mak saya yg duk tangkap ayam. dia tangkap time2 lepas magrib bila ayam dah lepaking atas pokok koko. haha..

amboi si kecil ainul. bila kak anim kata gitu trasa sama kecik ngan dak muaz je. haha.. ni kena padam sikit, kena tuko anak dara ainul.. haa gituuuu. maklom la kan dah pandai buat air. ni kalau ada anak teruna yang terpikat ngan air kopi dak ainul tu, hah jaga2 la ye kot ada yang dtg bawak rombongan. anak teruna ok kak nim.. bukan 'bapak' teruna. haha tetibe teringat pak daut ku itu. cess..

kak anim.. tekak kak nim mcm adik bongsu saya, dia tak leh terima ayam kampung atau pun itik. tekak saya lak semua saya trima. kalu ayam kg lagi saya suke. maniss je. pastu daging tak de la banyak sngt. sedap gigit 2 je tulang2 tu. pastu kalau buat gulai kuning ni esoknya mesti mak saya buat roti canai. dan... kalau dulu2 specialnya gulai kuning ni, sempena anak2 balik bercuti, mesti la mak masak lauk agak special ni. special tau kak nim, bukan lauk hari2 kami ni. hehehhee..

eh kak nim kira jap, dah sampai 100 patah pkataan tak? akakakaa..

CT Delima said...

As'salam Kak Anim

Kak, En Somi ct memang hantu dengan ayam kampung ni. Tapi biasalah ayam kampung dulu ni kalau ada yang liat payah juga nak mengigit. Tapi sekarang ayam kampung tak macam dulu2 dah, semuanya dah di bakakan jadi lembut juga bila dah masak. Selalu En somi ct lebih gemar suruh masak kari dan rendang jer.

tun_telani said...

morning kak nim.. give me five! hihi.. tekak tun pun xleh terima ayam kampung. xkira laa masak camner pun, kdg2 org ckp rebus lama2 jd lembut tu kan, kalau tun laa, x kira laa rebus sampai tertanggal isi dr tulang dia tu kan, tun still rasa ayam dia liat.. hihi..

noorsafone said...

Bilo tangkap ayam tu Nim...sodap lak ai...kuah eh cicah lempeng pun sodap gak..koringkan sikit..

Mamasya said...

Assalammualaikum k.Anim...bab tangkap ayam kg..masak teringat masa kecik2 dulu, arwah nenek byk pelihara ayam itik...nak mkn potong.sy suka masak lemak gini cuma tak tahan pedas...

Ida,Japan said...

sodapnyer kak oiii...ayam kg tu yg ngencesss

Mama Hawa/Mama Nani said...

Kak Anim nnt dtg dapur Hawa ambik award yer :) Tq

Mas said...

bestnya masak lomakkk...
ayam kampung lak tu...
perrhhhhh...

dari dapur nasya said...

salam kak..masak lomak nie feberet Nasya semenjak dua menjak jadik orang nogori nih..pepepun sonang2 akak jenguk lah dapur saya link akak ada kat sana..i follow..

Cendana Kasih said...

sedapnyer gulai ayam kampung...tp saya tak makan ayam kampung la kak (sebabnyer saya dari kampung, so makan ayam bandar plak...hehehe) Ayam kg ni kan pejal sikit isinya,tu sebab saya kureng sikit...hehehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
heehehee.. sama ler ngan diana.. diana x pandai makan ayam kampung gak.. hehehe.. mmg x boleh nak terima ler tekak nie rasanya.. :D