Thursday, 4 November 2010

Rendang Ayam Kampung(Rembau)


Baru masak ni..wazir cekau ayam ni..2 ekor.mak tabik lah wazir.terror kamu...
Ayam ni ayam kampung.Aku sebenarnya dolu2 berangan nak bela ayam kampung..upah orang suh buat reban..malangnya ayam tak mau tido reban..tension tul aku..tiap2 hari aku kena cuci simen...naik haus dah marmar tu.pastu aku upah org pulak tangkap ayam tu memalam..tinggalkan dua ekor je..rajin nya pulak ayam ni bertelur..akhirnya setiap kali bertelur,aku ambik telur dia..biar ayam tu pulak tension dgn aku..kihkih..mr suami pun sikit lebih kurang aku je..bukan takot cuma segan je nak tangkap2 ayam tu,sehingga lah semalam wazir memberanikan diri..dapat lah 2 ekor.memandangkan hari ni adik yg dok Taiping balik bercuti ke rumah, aku pun merendanglah.cara arwah mak..hakak kan org Rembau,org Rembau kalau merendang,mesti sampai hitam cenggini tapi bukan hangus ya puan2..meh layan resepi


bahan2

2 ekor ayam kampung atau ayam telur
6 biji kelapa atau kalau kita guna santan segar,kita perlukan
1 kg-11/2 santan segar(bergantung pada besar ayam)
12 ulas bawang merah-di hiris
5 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris dan di racik halus
5 batang serai-di hiris dan di racik halus
kalau suka boleh letak sedikit lengkuas tapi akak tak letak
3 sudu besar cili api yang telah di kisar
4 sudu besar dili kering yang telah di kisar
1 paket kecil rempah rendang/rempah kari daging
2 sudu besar serbuk kunyit atau
2 sudu besar kunyit hidup yang di kisar halus
garam secukup rasa

cara.

bersihkan ayam.toskan
masukan ayam dan bahan2 yang telah di hiris ke dalam kuali
masukan jugak rempah,cili api dan cili kering.
kecutkan ayam dengan sedikit air kelapa atau air biasa lebih kurang setengah jam
sambil2 tu ayam di kacau rata
masukan santan dan garam
kacau rata hingga santan mengeluarkan minyak
rasakan garam
kecilkan api dan rendang lah ayam hingga minyak santan berbuih bagi menandakan yang minyak santan telah betul2 kering dan garing
dah siap dan sedia untuk di hidangkan



rendang ayam dah kering macam ni baru di angkat




ini sambal tempoyak dan jering pun nak enterprem.mahap ya


12 comments:

izahdaut said...

hahah lawak la kak anim mentensen kan balik ayam ayam tuh...lawak tul.. weh apa ni jering jering ni...nak nak pulak yg agak agak muda tu..aduhh sedap tul cicah samball..aaaa lapoooo

zarin said...

akakkkk, saya nak pi rumah akak boleh? ish teringat masa saya skolah kat n9 dulu, masa tu tkleh balik raya haji so saya ikut kawan balik rembau, berpinggan2 saya mkn rendang ayam kampung tu and meleleh leleh air mata saya tau...ish sedapnya kakkkkk

anymz said...

to izah
baaanyak jering ni taaaadi le,ni da abis..memang muda jering ni zah oi..krup krap makan..
perghhh..dapnya..


to zarin
meh lah datang..jgn segan2..rendang ng memang pedas2 zarin..santan banyak, tu yg sedap tuh..
psstt2 rembau kat mana zarin?

Lady of Leisure said...

sedapnya kak kalau pekena dengan pulut kuning ni hehehe.. yang enteprem kat bawah tu pun fav lady jugak tu hehe

Yatie said...

Salam K.Anim,
Waduh sedapnya rendang ayam kampung tu.....mau bertambah2 nasi bila ada sambal tempoyak dan jering tu..menyelerakan tulllll....

cikmanggis said...

ni lah rupa rendang yang cm idamkan..lagi hitam lagi sedap...

Teringat masa anak anak masih kecil dulu tiap kali balik kg mesti atok wan bising sebab mereka akan pijak pijak taik ayam atas simen dpn rumah pahtu jalan rata rata..hehe habis...

Eliza said...

saya kalo makan masakan nogori buleh nanges kak. pedasnya berasap tapi sodappp...

Uncle Lee said...

Hi Anymz, ini la best sedap first class. Ayam kampong dare mana? Gua Musang? Why yam kampong? Not yam bandar? Taste better?
I eat to live so I not be knowing this, ha ha.
Have a nice day, Lee.

anymz said...

to Lady
rendang macam ni memang sedap tak terkata lah lady,makan dgn pulut boleh.kdg2 anak2 buat cam sandwich.makan dgn roti


to Yatie
org melayu memang pandai makan ulam.takde ulam tak sah kan?


to chik manggis
memang tension gila kalo bela ayam yang tak mau dok dlm reban nih..huhu

anymz said...

to Eliza
kalau sampai leh nangis mesti pedas kaw2 punya tu liza..hehe


to Uncle Lee
ayam kampung lagi manis la uncle..hahaha:D

Chik Mimi said...

salam kak bizi tahap cipan ye kak,heheheh rendang ayam tu mengancam

anymz said...

to chik mimi
bizi..bizi..bizi..dzn bizi..lutut semua habis da longgar dah ni