Monday, 1 November 2010

Sayur Bak Choy



Hah..lagi sekali kita ke negeri Cina ya..
Ini untuk kakak2 yang nak masak sayur esok,tapi tak tau nak masak sayur apa..hehe
aku masak ni sekali dgn telur goreng tu..sekali harung buat chinese food..

bahan2

1 ikat sayur bak choy
1 mangkuk kecil cendawan tiram
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
kedua2 bawang di atas di cincang ya adik2
1 kiub ikan bilis
1 sudu makan tepung jagung di campur dgn 1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
1/2 cawan air

cara

panaskan minyak,kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi
kemudian masukan 1/2 cawan air.
biar mendidih,
masukan kiub dan sos tiram
masukan air yang telah di bancuh dgn tepung jagung
bila sudah mendidih masukan telur.jgn kocak dulu.biarkan 20 saat.
kocak telur
masukan sayur bak choy dan cendawan tiram dan tutup api.kacau rata.
sedia untuk di hidangkan.
makan panas2..

Nampak tak??..hah akak tak letak ayam ke,udang ke sebagai perencah.
Ini utk bg tau adik yg baru belajar masak tu,kalau takde perencah pun,kita masih lagi boleh goreng sayur yg sedap..
Lagi satu akak tak letak garam sebab kiub dan sos tiram tu dah masin ya.


5 comments:

Lady of Leisure said...

sedapnya sayur akak masak tu kalau dituang ke atas kuehteow yang dogoreng ngan skit kicap jadi kueh teow ladna fav lady hehe..

zarin said...

ha ah lah kak! macam kata lady tu..kalau tuang atas kuay teow sedap tuh...ish kecur pulak memalam buta ni :D

kakpah said...

apo rajin bona kau masak ni nim. macam2 ha..

Ayu said...

salam kak anymz,
aduh lajunya kak, kita tak terkejar lah pulak..
beberapa hari tak on line, dah mcm2 keluar..
sedap2 semuanya..

anymz said...

Lady:betul tu Lady,ini jugak cara nak buat kuetiau ladna..goreng dulu kuetiau,buat kuah masukan sekali.makan dgn cili api..perghh..sedapnya bila tergigit cili api tu kan?hehe

zarin:kalo gk ni memalam buta,sejuk2 plak tu apa tak terliurnya zarin.nak pedas2 masukan cili api ..isshhh..akak pun dah kecur dah ni

kakpah:time rajin,rajin bona kakpah..kok maleh tu,berlingkar yo lah dopan TV hehe

Ayu:ayuuuuuuu...ke mana kah gerangan nya ayu dah pergi.lama tak nampak.cuti ke?sehat ke?looking forward your next dish..tak sabar menunggu.hehe