Tuesday, 9 November 2010

Banana Chocolate Cake

salam semua..
Waah!best pulak jalan2 kat rumah Rima hari ni..ada pulak resepi baru..kebetulan ada lagi pisang dalam esbok.aku simpan elok2..ainul suka sgt makan banana crumble..kali ni try buat cake dari rumah RIMA..meh layan resepi yang dah aku melayu kan..senang buat kek ni.rasa pun sedap..



bahan2

200gm mentega tanpa garam
200gm gula-akak letak gula melaka(gula melaka dikikis dan di timbang)
6 biji kuning telur
2 biji putih telur-di kocak dgn whisk hingga agak pekat
200gm tepung
2sb susu tepung-akak guna susu pekat manis
100gm coklat masakan-di cincang
1 cawan pisang yang sudah di lenyek
1/4 st garam
1/4sb double action baking powder-akak letak 1/2 st baking powder yg biasa
2 titis esen pisang
kismis,coklat chip,ceri atau cheese untuk tabur buat topping=akak guna kismis dan coklat chip je.


cara

Panaskan oven 175C.
gris acuan
pukul butter dan gula hingga ringan
masukan kuning telur satu persatu
pukul lagi hingga sebati
masukan tepung,serbuk penaik dan susu tepung.
kaup balikkan mengguna senduk
masukan putih telur
masukan coklat masakan dan pisang
akhir sekali masukan esen pisang
masukan dalam bekas dan tabur kismis dan coklat cip
bakar selama 35 min atau sehingga masak

memang sedap kek ni..thanks Rima.
di nasihatkan guna double action baking powder.akak guna baking powder biasa sebab takde stok dlm rumah.rasanya moist dan lemak dan memang sedap lah.

6 comments:

fazilzura said...

WOWWWW.. sodap nye, leh try ni

K.Nor said...

wahhh cepatnyer anim, k.nor pun dah save resipi ni pg td :)

anim guna loyang saiz apa?

Eliza said...

Salam kakAnim. Kek ni jenis padat yer kak? nnt nak cuba gak. dtg ngendeng copy resipi ni ngan sheperd pie akak. Tenkiu..

Mas said...

suka kek pisang..sedapnya kak..nak sikitt..he..he..

anymz said...

to fazilzura
try zura..memang sedap..


to k.nor
kebetulan bahan2 semua ada k.nor tu yang saya terus adun jer..tak payah tunggu2.kalau tunggu nanti penyakit M tu datang pulak..
saya guna loyang 8x8 k.nor.


to Eliza
ya kek ni jenis padat..sedap liza serious tau.betul cakap Rima,tuan punya resepi


to Mas
akak ni sebenarnya tak suka kek pisang tapi yang ini seisi rumah suka mas.sedap.
ni tinggal satu baris je lagi dalam loyang nih.ambik lah.hihi

Rima said...

Ty for trying k ani.. alhamdullilah menjadi and orang semua suke :o)