Monday 8 November 2010

Sup Ayam Kampung

Salam semua,dah makan tengahari?
Hari ni akak masak sup ayam kampung..lebih ayam kampung yang buat rendang tu hari..simpan pun tak banyak.,konon2 nak buat sup untuk adik yang keguguran baru2 ni tapi bila diorang da dok berkumpul,menu pun jadi pelbagai, langsung terlupa ayam ni yang dok diam elok2 dlm esbok.
memandangkan hari ni kehidupan dah jadi normal semula,dgn cuaca yang suam2 kuku ,aku pun teruskan je niat nak buat sup ni..
mula2 ingat nak buat sup biasa2 je tapi bila gi skodeng rumah CMG terus hati jadi tergoda...


Sumber dari CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup-ni akak tak letak
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji




BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA

Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  1. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  3. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning...
ni akak buat sambal mangga..perghh..sedap tul nih

bahan2 sambal

3 ulas cili hidup
5 ulas cili api
sedikit belacan di bakar
mangga masak
sedikit gula jika suka
sedikit garam jika perlu

semua bahan di tumbuk bersama

4 comments:

Chik Mimi said...

wah kak cedapnya sup tu kalau husband sy nak kena ade sambal kicap

ibundo said...

nim, sup ni kalau makan maso domam umangai.. bopoluh. ubuh lak mo samba kicap.

samba kau tu menggoda botullah..

Fiza Amran said...

terliur saya akak nengok kan sambal mangga ngan sup ayam nie

anymz said...

to chik mimi
huuihh..sambal kicap tetap ada..mana leh lupa..tak sah sup ayam kalo takde sambal kicap kan?.


to kakpah
aiiyoo...kito org tuo makan mo sambal kak..memang kaw2 podeh..kihkih


to Pearl
sebenarnya mangga tu plan nak buat kerabu tapi dah terlupa terus mangga muda jadi masak tapi masam.kihkih..tak baik membuang terus akak buat sambal..memang sedap.