Sunday, 7 November 2010

Lasagna


salam semua,memang betul kata chik mimi,akak bizi tahap cipan..dah tak terbendung dah sakit2 tapak kaki segala..terkejar2 ke sana ke sini..
Dengan kebizian adik ipar menerima menantu,dengan kepulangan adik2 untuk menghabiskan cuti perayaan ini,aku rasa macam nak pecah lutut dah ni..
Hari ini Amir nak balik ke asrama,ainul mintak buatkan lasagna(permintaan yg sudah berminggu2 aku tidak tunaikan),maka ini lah hasilnya..
Hasil dari skodeng rumah cik mat..mekaseh ya mat..minta izin copy ya..tapi ada la aku derhaka sikit2..benda tu takde stok lam rumah..guna apa yang ada je
meh kita layan resepi dulu,nak buat agak rumit tapi takpe la tgk anak2 makan sampai habis,puas hati kan?...
macam mana nak susun??..pi tengok rumah cik mat ya....

Sumber dari Cik Mat Gebu




Bahan Utama :-)
Kepingan Lasagne secukupnya (mat guna jenis kecil, 10 keping)
White sauce (resipi dibawah)
Inti daging (resipi dibawah)
Parutan keju mozarella secukupnya
parutan keju cheddar secukupnya
Bahan Inti :-)
450 g daging kisar
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
2 helai bay leaf-akak tak guna1 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tomato "plum" diramas-ni saya takde dalam stok
1 camca besar rempah kari daging
2 camca besar tomato puri
1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk White Sauce :-)
600 ml susu segar
3 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam




  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk, tomato puri dan cili kisar hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaul rata. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna. Tuang tomato plum yang telah diramas tadi bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK WHITE SAUCE :- Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN LASAGNA :- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak makan dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan letak atas dulang yang disapu sedikit minyak masak. Buat hingga siap. (susun seperti dalam gambar).
  4. Sapukan bekas lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne (mat guna 2 keping sebab kecil), sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna, kemudian sapu dengan white sauce, lapis lagi dengan kepingan lasagne dan ratakan lagi inti daging. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging dan tabur dengan keju mozarella.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam..

6 comments:

zarin said...

aduss kak, asyik tayang feveret saya je..itu hari shepherd pie, then rendang, hari ni pulak lasagna...adusss wajib dah ni ke rumah akak ni if saya sampai rembau lg...
btw, tk ingat la rembau kat ner tp itu hari sy pi mkn buah kat dusun ayah kawan saya kat rembau...nama ayah kawan saya tu ahmad apandi...akak kenal ke?

anymz said...

to zarin
datang je zarin..rumah akak ni kat tengah2.nak ke Kl 1jam setengah je.nak ke melaka 20 minit da sampai..
ahmad apandi johan ke?akak tak kenal..tapi biasa nya org kenal akak..muhahahaa..ayat berlagak tu zarin..boleh tahan kan..??

maz said...

adoiii..cdpnyee kak anim..kita pun lamanya xbuat lgsana ni smjak blik msia..ada lgi ke tu kak..nk ckit la..

anymz said...

salam maz,ada..ada..ada sikiiit je lagi..hehe..berebut2 dgn bebudak ni

kasihredha said...

lama tak visit dapur anymz...rindu pulak...tambah2 ada lasagna..mmm

Sari Yusa Ibrahim said...

adoilaaaaa... rasa nak pitam tengok lasagna pepagi ni... nakkkkkkkk!!