Tuesday, 14 December 2010

Sambal belacan Istimewa

Ekceli akak rasa ramai yang dah tau buat bila tengok resepi nya..sambal ni biasa di buat di negara Thai..cuma akak je yang dah lama tak produce sambal ni di rumah sebab kehabisan sos ikan..ainul baru pandai makan sambal belacan..bila masuk je sambal ni kat anak tekak dia,..terus dia bersuara...huuuiiiihhh...sedapnya sambal ni mak....tak pernah rasa pun..hah yo lah tu..dah berapa kali mak buat ko dok tengok aje kan..
meh tengok bahan2nya ya

bahan2

2 biji cili hidup
10 ulas cili api
1 sudu makan belacan yang telah di bakar
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos ikan (agak2lah ya)

cara

tumbuk semua bahan bersama
rasakan manis dan masinnya ya
akak tak letak garam sebab sos ikan tu dah masin
dah sedia untuk di hidangkan
jika suka perah limau nipis


ini lauk tengahari tadi.lauk apa tu ya.cuba teka.


selain sambal belacan ni,akak suka sambal tempoyak colek tu jugak..

9 comments:

Cik Embun said...

Sambal tempoyak tu favorite ni.. yummy2.. adoii.. klu ari2 mkn camni mau debab saye nnt...

kak long said...

kak anim...
sambal tempoyak tuuuu...! alahaiii..kek umah ni x do stok tempoyak la, huhuhuh...!

NoorMasri said...

adussss lapar lah pulak....

Fiza Amran said...

terbaikk la smbl belacan .. my favorit

mamawana said...

hadoooiiii sedapnyer sambal belacan and the sambal tempoyok... mana komer dapat tempoyok doyan tuuu.

fara dean said...

wow!!
jadi lapar tgk menu ni kak..
sos ikan jenama apa akk beli?
nak beli tp x tau jenama apa..

Uncle Lee said...

Hello Anymz, datang your place here nak bawak tissue as tengok your sambal belachan, sedap bet tu!
I love your this sambal ada hijau colour.
By the way, these chilli api ada berapa nama?
Some call it chilli burong, some chilli padi....I call it this name.
Yours is chilli api. Ada difference ke?
Your makan kena panggil fire brigade standby? Arhaaaa ha ha.

That sambal of yours kalau I makan with whatever else you cook, habis tiga pinggan lichin kilat!
Tali pinggang pun kena gostan dua lobang, ha ha.
Have fun, Lee.

zumaira said...

kak anim, kalu nak beli sos ikan, yg jenis canne yg sedap ? kalau x da, boleh ganti dgn air asam jawa ke?

anymz said...

to zumaira
kat giant ada sos ikan tu takpun kat tesco..ada punya..sos ikan ni sebenarnya rasa dia masin..