Friday, 10 December 2010

Rendang daging Sempoi

Rendang ni akak buat sebagai bekal untuk ke rumah adik.selain dari puteri ayu tu,akak buatkan jugak rendang daging nih..
Akak namakan sempoi sebab memang bahan2nya akak gunakan yang paling mudah..yang ada dalam rumah je.tak sempat nak ke pasar atau ke kedai..yang benarnya malas yang lebih.
meh layan resepi sempoi ni ya
bahan2

1 kilo daging batang pinang
santan dari 3 biji kelapa atau
1 liter santan segar yang pekat(jgn tambah air)
8 ulas bawang kecil-*
3 ulas bawang putih-*
1 inci halia-*
3 batang serai-*
yang bertanda * semua di kisar kasar
(perhatian*-kalau rajin semua di hiris ya)
1 genggam cili padi di kisar
2 sudu makan cili kering di kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kunyit hidup yang telah di kisar
garam secukup rasa



cara

daging di hiris.jgn tebal sangat.sedang2 saja,bersihkan-masukan dalam kuali
curahkan semua bahan yang di kisar bersama cili dan rempah ke atas daging
gaul rata dan kacau hingga air daging menjadi kering
masukan santan
masukan garam secukup rasa
kacau hingga santan menjadi berminyak.
kecilkan api dan kacau lagi sehingga minyak berbuih
rasakan rendang dgn jari.
jika sudah garing tutup api.
sedia untuk di hidangkan




6 comments:

NoorMasri said...

lama tak makan rendang, teringin pulak rasa..

Yani said...

mmg sempoi nampak rendang tu kak..
kalo dpt semangkuk ni lg sempoi...

fara dean said...

nampak sedap sangat tu kak!
makin lapar perut rsanya..

Uncle Lee said...

Hi Anymz, rendang I have eaten, many times....rendang sempoi? Never.
Looking thru your recipe I can see it sure has that masuk mulut nak makan tiga pinggan nasi....maybe kawain the cook too, arhaaaa ha ha.
I love the colour too!

Ada sambal belachan to go with this rendang?
I should have married a Malay wife, ha ha ha.
Have a nice weekend, best regards, Lee.

Chik Mimi said...

Assalam kak sihat ke?sempoi2 pun sedappppp kak ade lagi tak?

anymz said...

to noor masri
hahaha..pasai tu akak namakan rendang sempoi.bahan2nya senang nak dpt dan nak di buat..:)


to yani
hahaha...makan sama nasi sejuk..perghh..sedap tul


to faradean
memang sedap fara.
buat simple camni leh makan dgn nasi,boleh jugak makan dgn roti