Thursday, 2 December 2010

Puding jagung

Assalamualaikum semua,
akak kembali bersiaran dgn resepi yang amat2 simple.sebagai menu nak berbuka ptg nanti.tak rasa lagi ni,suh ainul je rasa..mmg ada akak derhaka sikit2 akan resepi yang akak sudah terlupa dari mana akak ambik..padan lah dgn muka ni,simpan lama sgt dlm store draft tu sampai dah tak tau mana punca resepi ni.kalau sesiapa tau, tolong bg tau ya..minta ampon,minta maaf banyak2 kepada yang empunya resepi.rasa bersalah pun ado nih..
Rupanya tak berapa terang.elok letak pewarna kuning..huhu
sekian entri pengenalan setelah sekian hari membisu......


Bahan2nya:-

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis-(akak letak 11/2 cawan)
3/4 cawan gula
3 cawan air-(akak letak 2 cawan)
1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara:-

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

8 comments:

My Life My World said...

Ini ucapan bila azan maghrib berkumandang nanti ... Selamat Berbuka Kak Anim :)

♥LOVE2COOK♥ said...

Love sukaaaa puding jagung!!! :)

hana said...

kakak cantikkkkkk.... dah buka ker tuhhh?? mujur ade puding! dah lama lapo duk kat dapor akak niH! hihihi

kasihredha said...

selamat berbuka ye nimz..
minta sikit..

cikmanggis said...

sesuai sangat kuih untuk berbuka ni.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

lamo tak makan kastard ni kak..

maleh den nak ngacauwan..

Chik Mimi said...

Assalam kak nak puding jagung ade lagi tak?

anymz said...

to my life my world
maceh liza,burpp..kenyang dah sampai hari ni..lauk campak2 sedap2.hehe


to Love
issh..sedap pulak puding jagung akak kali ni.nah akak suap satu ketui


to hana
ooo..selama ni yg main hendap2 kat tingkap dapur akak ni,hana lah orgnya ya..patut la ikan salai akak selalu hilang..hehehe


to kasih
maceh kak
nah.ada lagi ni.puding cenggini slow sikit kat rumah ni


to reena
oo pemaleh lah namo ee tu..apo susah,longgok semuo ee dlm piyok,kacau 2,3 min.dah siap..
isshh..isshh


to chik mimi,
mimiiiii sudah kembali.
ada lagi ni.ambik dua ketui.sedap manis,lemak berkrim.hehe