Wednesday, 15 December 2010

Lala...masak lemak

Assalamualaikum semua..selamat tengahari..dah makan?..mesti sudah..
Hari ni akak jumpa lala(mungkin negeri lain nama dia lain) di market..suka sgt.sebab lala ni bermusim..susah nak dapat..bila dah jumpa terus ambik tak payah pikir2 dah.
Kali ni akak buat masak lemak cili padi..dah namanya org negori semua nya nak di gulai lemak kan?...sekali sekala apa salahnya..bukan setiap hari akak masak lemak..no good for your health..kolestrol,kalori semua ada dalam santan nih.lebih2 lagi org negeri ni kalau masak lemak, tak pekat tak sah..
meh tgk resepi besa2 je.



bahan2

1 paket lala@ 1kg
20 tangkai cili padi/api/burung*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu makan udang kering-di tumbuk kasar
1 batang serai-di titik
5 ulas bawang merah-di tumbuk kasar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2tangkai daun kucai
santan segar yang siap di perah
1 cawan air
bahan2 bertanda * di kisar bersama

cara

bersihkan lala dan ketepikan
masukkan santan,air,serai,sedikit garam bersama bahan2 yang di kisar ke dalam periuk.
jerang hingga mendidih
biarkan mendidih dalam 2 minit
masukan lala dan jerang hingga lala betul2 masak
masukan daun kucai dan cili besar untuk hiasan jika suka
tutup api
sedia untuk di hidangkan..



pekat betul kuah ni.sedap.tapi akak posa.
petang2 nanti baru boleh rasa..
hahaha

6 comments:

Cik Embun said...

fuhh... sedap2.. dah lama x mkn lala.. ada perkhidmatan delivery x?? kih3~

zarin said...

sedap ni kak! feveret saya ni...slalu amik lala masak lemak kalau pi makan kat satu kedai ni hikhik..nak buat sendiri errrk tk rajin pulak :D

kak long said...

tak ponah masak lala lomak cili api...nak try la sekali sok...musti bessss...ni...!

Hann said...

Kak anymz..

baru je bercita-cita nak buat.. hehhe
sedap nih. mau berpinggan nasik abis..

Lady of Leisure said...

sedapnya kak.. lady suke giler masak lomak.. lelebih lagi masak lomak original macam akak buat ni yang jenis tak pakai bawang.. pergh emmang sodap..
lady panggil siput ni retak seribu hehe..

anymz said...

to Cik Embun
haha..kalau ada akak no 1 ambik contract perkhidmatan delivery tu


to zarin
suka beli,ni mesti kes anak2 tak makan lauk pauk camni kan?..
anak2 akak masa kecik2 dulu pun sama,skang bila dah besar semua cari lauk pauk kg balik.hehe


to kaklong
huuiih..try kaklong.sodap..macam masak siput jugak.


to Hann
haiyakkkk..ye ke..tkpe2 ambik yang kat rumah akak ni dulu.sok2 buat sendiri pulak.ok


to Lady
yup ..pandai pun..masak lomak yg ori tak ada bawang..org sekarang dah campur2 kan mcm2 bahan..dah tak pure lagi kan.?tips dia banyakn santan dan sesuai rasa dgn cili,asam dan garam..itu aje petua dlm masakan org negeri 9.