Wednesday, 8 December 2010

Somtam

Assalamualaikum semua,
Akak dah balik..hehe..ini pun tak tau berapa lama ada kat rumah..esok lusa da nak terbang semula..mengalahkan wakil rakyat melawat kawasan akak ni..
dah lama plan nak wat somtam ni tau..ambik betik ni kat rumah makcik timah .ni pun dah seminggu betik ni dok terperap lam esbok ..!huuiih..mmg kes terlupa lah ni.. bila belah tgk dah merah makngah oi...seb baik isi keras lagi terus wat somtam yg dah lama menjadi idaman kelbu.
Ada satu dua bahan yg tak ada..malas nak kuar ke kedai memandangkan dapur akak akan sunyi balik dua tiga hari ni..guna je lah apa yg ada..resepi ambik kat rumah HANA..
maceh ya darling..lap u.kiss2 sikit..muahhh...hahaha..da bau sos ikan akak ni hana..

source dari:HANA
Bahan-bahan
  • 1 biji betik mengkal - sagat panjang
  • 2 biji mangga muda - sagat panjang
  • 4-5 kacang panjang - potong2-akak takde stok ni
  • Kangkung@daun ketumbar
  • 1-2 sb udang kering - goreng tanpa minyak
  • 5 sb kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 5 atau lebih cili merah dan cili padi
  • 2 sb gula
  • 3 sb sos ikan
  • 5 biji limau kasturi - perah ambil jus



Cara-caraTumbuk udang kering dan juga cili. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan perahan limau. Kacau sebati. Keluarkan.
  • Tumbuk pula kacang. Tumbuk kasar.
  • Gesek2kan kacang panjang dengan anak lesung agar pecah sedikit.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan dengan sebati. Jika tak cukup masin, masukkan lagi sos ikan. Tak perlu masukkan garam sbb sos ikan dan masin. Seimbangkan rasa masam, pedas dan manis sedikit.
  • Masukkan kangkung@daun ketumbar. Kangkung tk perlu celur. makan mentah. Gaul. (hana tambah tomato ceri, kubis sagat dan timun hiris sbb tak cukup bahan)
  • Hidangkan di atas pinggan dan taburkan lagi dengan kacang tumbuk dan juga udang kering jika suka.

11 comments:

kak long said...

dio cam kerabu manggo gak kak kan?
bezo eh buh botik ngn kacang panjang mo kangko yo...

anymz said...

to kaklong
ha'ah lah kaklong..try buek kaklong..habih lah botik omak kaklong kek kg tu kono sapu kek org kajang nih.hehehe

hana said...

hakak nih nak g mano laie?? ikat kaki tuh kang kat meja dapur! ekekekeke... somtam bungkus kak! nak ratah jerkk... sbb nasi blom masak! hahaha

ZaRisMa................Hannover, Germany said...

Wah..sedap tu kalo ratah je sebelum makan nasi...Makan sayur dulu mmg bagus utk kesihatan...Jgn bercampur ngan protein..

Lady of Leisure said...

wah sedapnya som tam rajin akak buat.. lady ni dah beli lesung nang nak buat dari kayu tu, mak belikan kat padang besar tapi buatnya somtam tu jarang2 bebenor heheheh...
akak punya somtam ni sedap betul nampak, kecur liur tau hehe

anymz said...

to hana
ikat la hana kalau boleh.hakak lagiii suka.maleh nak ke mana2 sebenarnya tapi terpaksa..rela dalam paksa lah namanya tu..huhu


to Zarisma
huuiiih...memang sedap..ratah2 yg sodap tau..
leh masuk diet menu nih


to Lady
rajin amendenya lady..guna parut jek..nak hiris halus2 tu mmg tak kosa akak.hehehe..
tapi mmg sodap somtam nih..ada lak rasa mangga tu.mmg meleleh ayaq liuq masa buat nih.hehe

kasihredha said...

oii sodapnyo mak oii..lai podeh ..lai sodap kan nimz.
Akak biasonyo boli jo kek kodai Thailand tu.

anymz said...

to kasihredha
hahaha..wah da pandai ckp loghat negori yo..mmg sdoap banget kak..gigit lado api tu kok nak podeh.hehe

fara dean said...

alamak!
ketinggalan ketapi lagi..
somtam ada lagi tak tu?
feveret..tp x penah buat sendiri..

arezura said...

somtam nie fav mak sy nie...biase mak mentua abg sy yg buat kn..die org thai mmg sdp die buat

Uncle Lee said...

Hello Anymz, I love the way you present this dish. And the limau kasturi....one of the ingredients.
I can get the really lovely scent from here too, ha ha.

Ini bila masuk mulut, tentu will say, 'ahhhh, sedap best nya'! Then nampak bulan naik, ha ha.
Women like you very dangerous....to bachelors, makan sekali, nak dua kali, habis cherita! Ha ha ha.

You have fun Nymz, and simpan satu lagu dalam hati, Lee.