Thursday, 23 December 2010

Apam kukus/Steamed soft banana cake

Assalamualaikum
sehat semua?..waah..rasa cam chef wan masuk tibi pulak akak hari ni...kekekeke
kita dah mula naik syok kelurkan entri pepagi..bukan apa, senang kerja..rakyat jelata sebahagiannya dah kembali ke rumah.jadi akak sudah mula agak sibuk di dapur..
Akak buat kueh ni petang tadi..resepi akak ambik dari rumah kak wan yang terkenal amat rajin produce kueh2 talam dan berbagai2 kueh mueh utk minum petang.
kalau sesiapa tak suka manis boleh kurangkan sedikit gula ya.akak first time buat ni jadi akak ikut je petunjuk resepi..sedap kueh ni..kalau anak2 bujang kata sedap,sedap lah bagi akak sebab anak bujang sulong akak tu agak cerewet kalau bab kueh mueh ni..
meh layan resepi dulu........



Steamed Soft Banana Cake / Apam Pisang Kukus
Sumber : Auntyochana

Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak di lecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang / vanila
Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur Grade B
100gm tepung pau / Tepung Hongkong / Superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung
Bahan C (Lapisan Atas)
2 biji telur Grade B 60gm gula kaster
20ml air 60gm tepung pau
Cara-cara :
1.Lapisan Bawah :
Sebatikan bahan A, ketepikan.
2. Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata. Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3. Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4. Lapisan Atas :
Pukul telur, air dan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan gaul rata. Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.



7 comments:

Mas said...

wahhh..cepatnya kak anymz buat apam kak wan ni....tengok apam akak cantik jer...nak 5 ketoi boleh, mas dah bawa donat ni..he..he..

izahdaut said...

kak nym..semalam duk tengok kat umah kak wan tengok berlapis2 je, ish tak jadi nak buat, tapi tengok kak nim punya ni, nampak cantik lawa je. ish ish.kuat tul godaan kak nim nih..huh

kasihredha said...

nak datang rmh anymz boleh??
hihi mana aci tengok gambar jo..

fara dean said...

Amboii..
sedapnya

anymz said...

to mas
lambatnya akak membalas kat sini.sibuk sangat...nak 5 ketui?waduh..akak dah kata dah dapat 1 ketui jek...hehe


to izah
tgk mula2 tu cam susah je nak buat zah..rupa2nya senang jek..dan sedap pulak tu.


to kasih redha
datanglah..jangan lupa bawak air sendiri yo.hehe

to faradean
dap..dap...memang sedap

Lady of Leisure said...

gebunya kak.. layer dia nampak lawa pulak tu.. geram tgk, jantung pisang bertempoyak kat bawah ni pun geram tengok jugak hehe

Hann said...

ha ah.. gebunya kak.. sedap nih.. nak mintak sikit pun sure dah habis..