Tuesday, 19 June 2012

Ikan Bilis pun Sodap

 Assalamualaikum semua

Hari ni akak masak lauk paling simple and yet so delicious..delicious lah sgt..Ya lah kalau ikut tekak akak ni memang sedaplah sangat.Ini lah lauk yang selalu akak masak utk bersahur..Kira hari ni akak bagi resepi utk bersahur in advance lah kan?..kihkih..Yang benarnya sekarang ni kan musim panas.Nak masak lauk2 berlemak bagai ni agak kurang laku..Bila buat lauk begini macam tak cukup pulak tadi..
Resepi dia simple je..semua orang boleh buat...

Ikan Bilis Goreng Berpetai
by
anymz mykitchen

Bahan2

Segenggam atau lebih ikan bilis yang elok kualiti-cuci bersih
1 papan petai-kopek dan ambil isinya
1 labu bawang besar holland-hiris bulat
8 tangkai cili padi-hiris
1 tangkai cili merah-hiris
1 biji limau kasturi
Minyak untuk menggoreng



Cara

Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat ikan bilis dan toskan minyak
Ambil lebihan minyak dan tinggalkan sedikit di dalam kuali anggaran 2 sudu besar
Tumis bawang besar hingga layu..sebentar saja
Masukkan petai diikuti dengan cili padi dan cili besar
Gaulkan ikan bilis bersama2 dengan petai dan bahan2 lain
Angkat
Letak dalam pinggan dan perah asam limau sebelum di hidangkan.

16 comments:

Acik Erna said...

yang ni osah sodap e nim..tergigit pulak lado api tu..mak ai..
tak cukup sepinggan nasi ni

kasihredha said...

akak pun selalu buek ni kak
sebab simple tp sodapp

ibundo said...

apo tak sodap e. Tambah2 ado potai. Nim, potai sokaghang ni mahal bona lah.. Raso maacam nak naik C.highland yo boli potai orang asli tu..

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiiii sedap ni, kena cubalahhh

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Anymz inilah yang tersedap kak aii..:))

HomeKreation said...

Salam KakAnim. Lama tak jenguk ke dapo kakak sorang ni. Wooo... lauk camni lah yg Along paling suka!!

Nieza said...

lauk simple tapi menyelerakan ni kak Anim,...kalau mkn nasi ni sure bertambah-tambah nasi ni..hehe

quinnie said...

saya paling bnyak makan nasi kalau lauk cam gini..hehehhe

CitarasaKu said...

Salam...sukanya lauk simple camnie makan nasi pun bertambah..sebab ikan bilis.

KakAsma said...

len kali jangan lupo tiup serombong..
buleh kita datang ngan buat muka tak malu..hihihi makn ngan derian sedap ni kak anim..

Norzie hany said...

Salam kenal.
Sedap ni makan dgn nasi panas2.

sury_masury said...

salam kak nim,ikan bilis pun sodap kan..(ikan pusuk)swkian)..bertambah2 jugak nasi...

AbbotCottage said...

iskkkk memang sodappp...

zila norazila said...

salam syg kak anim..mmg lauk fav time mkn sahur..he hehe sedapp:)

Azie said...

Saya suka sangat ikan bilis goreng. Makan dg nasi putih panas panas. Aduhaai

Queenie said...

salam anymz...

bila baca part perah asam limau, terus kecur air liur akak...