Thursday, 7 June 2012

Kek Batik Coklat Beragar-agar

Assalamualaikum semua

First entry akak di bulan June ni ialah kek batik agar2..Buatnya simple dan amat mudah sekali.A very quick update .Sebetulnya akak sentiasa dalam keadaan tergesa2 sejak akhir2 ni.Lebih2 lagi di musim cuti sekolah ni..Ada saja kenduri walimatulurus di sini sana sinun..
Okay resepi kek batik akak ambik dari rumah mek Ampang.Alhamdulillah sedap sangat kek versi agar2 olahan dari noorsha,hasue dan resepi asalnya dari  mylla..TerimaKaseh semua.Izinkan akak kongsi kan di my kitchen pula ya sebagai rujukan di masa akan datang..

 Kek Batik coklat Beragar-agar
by
anymz mykitchen
Sumber:IML



Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.



Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal.




6 comments:

kasihredha said...

salam kak
kuih batik ni anak2 suka sgt :)
tapi x pernah buat dengan agar2

tun_telani said...

Salam kak anym cayang..
bestnyer gi kenduri.. dh lama tun x gi kenduri kawin.. huhu..
kek batik pun dh lama x buat.. jarang2 beli milo skrg ni sbb tgh paksa enchik hasben tun ni kurangkan minum manis.. hihi..

dapurCikWan said...

Salam kak anymz. cikwan suke kek batik. tp yg versi agr2 ni masih belum cuba... boleh la cuba resepi ni nanti ;))

Tina Othman said...

salam kak anim

hehe nampak sangat lah menarik, mesti sedapkan

FatihaNur said...

salam kak...

wahh look so tempting...huhu..leh try nnti

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedap khen
dah lama x buat sebab stok milo dah x cukup