Friday, 8 June 2012

Kari Daging Kerisek

Assalamualaikum semua

Selamat Tengahari buat semua pengunjung2 my kitchen.Kalau dulu akak masak kari ayam kerisek tapi kali ini akak guna daging tetel pula dalam resepi ni..Dan akak juga telah menambah santan ke dalam kari yang ada kerisek..hantam saja lah kan..janji sodap..kikiki



 Kari daging Kerisek
by
anymz mykitchen
Sumber:Mas@Duniaku


Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah-akak tambah 200 ml santan
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.



11 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Kak Anim sayanggg...
lamanya tak ke sini, ni datang sebab terbau kari kerisik daging Kak Anim, mesti sedapkan kak, sebab Amie pun dah pernah cuba masak kari ayam kerisik... daging belum lagi, tapi akan dicuba!

Tina Othman said...

salam kak anim, wah sedapnya

Gee® said...

Kak Nymmmmm..... laporrrrrr

JembalCastle said...

salam, pertama kali nak tinggalkan jejak.... Tempting sungguh masakan kat sini n tq sebab sudi berkongsi resepi

Balqis Nazid said...

Salam....
Wanginya bau kari ni...
Feveret sangat dengankari ni... Apapun kari tetap saya suka...

azian said...

Salam,
sedap cicah dengan roti ni...

Papa Mifz said...

salam kenal...

wah nmpk sungguh menarik...nak suh wife cubo buek la...:)

mama sara nur said...

assalam k.Anymz
sedapnya kari makan ngan nasi putih

he he rupanya k.Anymz duk sana ye, nanti july ke Alor Gajah lg kenduri kawen jemput dtg ye boleh kenalan lebih dekat

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...kerisik dalam kari daging..emmm len kali boleh cuba resipi ni pula..mesti lagi sedap bila buh kerisik

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Anymz nak sikit sedapnya... kuah tu hadoiii kecur tak sudah ni dengan kentang yang tenggelam timbul tu.. daging yang banyak tu hadoiiii

ummiaisyah said...

salam rindu kak anim..lamanya tak sesat k sini..hehehe...sedap kari tu..cicah ngan lempeng nyor..hehehe..kenyang sampai tgh hr