Friday, 15 April 2011

Bingka Susu

Assalamualikum semua
Sehat semua?..
Akak buat kuih bingka ni petang tadi..masa membakar , rasa tak sabar2 pulak. harum betul bau susu..dah masak tak sabar pulak nak tunggu sejuk.sebab dah sejuk baru boleh potong.sedap yatie.terima kaseh kongsi resepi yang yatie ambik dari kak Fida.
Hari ni akak baik..takde cerita panjang terus ke resepi...kekeke

Bingka Susu
by
anymz my kitchen

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)-akak letak sebab akak suka manis.
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam



Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.




14 comments:

saharinasaharudin said...

nyummmy nyummmy.fav ririn tuu,kuih bingka =)

cik cek said...

Kak Anim....mesti sedap ni kan...

~Norul Mas Hana ~ said...

sedapnyer...dah lama dok dlm list..tak terbuat2 lg saya...mai sepotong..hihi

Mas said...

la..ingat bingka doyan..
bingka susu rupanya...he..he..
memang nampak sedapp la kak...
nak sepotong...
masih panas2 lagi kan...
sedap ni sambil minum teh o...

Ayu said...

kak anim, kita suka bingka2 ni..
kasi sikit buat makan petang ni..

kak long said...

kak sodap lak nampak ea..nk try laaa..
masih yo kak!

hani said...

kak, pestime dengor bingka susu...namapak sedap..nak rasa sikit...hihiii

Nieza said...

sedapnya bingka kak anim ni...ada lagi tak kak?nieza nk yg kat kerak2 tu yer...suka kerak jer...hehe

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
kak pengat durian ngan roti benggali tu ada lagi tak?

Naz said...

Assallamualaikum k nim,
Akak, nk sikit.. Kalau Ada part yg mcm kerak tu, pas kt Naz eh!

ady said...

as-salam kak
Waaah bestnya...tapi tak pernah dengar nama kuih nie, mesti sedap

anymz said...

to saharina
ooo..suka makan kueh bingka ya..kueh org zaman dulu kan?mmg sedap


to cik cek
memang sedap cuma tak berapa nak lembut..


to norul
eh..kena buat cepat norul..tak buat, tak tau nanti, rasanya bagaimana kan?..sedap ni lemak2 manis susu.


to mas
wah.ko tak habis2 dengan duyan ya.mentang2 dah jadi tauke duyan,bukan main lagi ko skang ni ya..hehe
memang sedap la mas..lemak2 manis rasa susu cuma keras lah sikit.

hana said...

wahai kak.nim ku yang di chintai! kdg dtg semangat berkobar jugak nak membakor-bakor... tp sempat hangat2 ta*k kerbau jer.. ilang dek kepenatan... hihi.....

Yatie said...

Assalam K.Anim,
tak sangka akak pun suka kuih2 bakar dan kuih kukus2 ya..samalah selera kita..sedapkan bingka susu ni.