Friday, 8 April 2011

Kuih Lapis Cendol

Assalamualaikum semua

Hah!..Cak!..Cak!...rajin akak melapis kan?..kan?..kehkeh..balas dendam wo..berapa lama dah dapur ni sepi tanpa bahan.
Akak buat kuih lapis ni semalam..sama dgn kek chef zubaidah yang mula asalnya di kongsi oleh alongRoz dan NoorsHa..mintak mahap ya along minta mahap ya noorsha..al maklum kdg2 benda2 macam ni pasti akan terjadi..terima kasih pada izahdaut dan mas duniaku yang mengingatkan akak semalam..alhamdulillah syukur mendapat teman2 yang perihatin nih..

InsyaAllah bila keadaan dah reda akak akan bw ke dapur kalian semua ya dan balas komen2 di bawah nun..sekarang ni akak masih lagi sibuk di rumah kak timah..esok hari langsung nya..mlm ni majlis akad nikah..ni akak sempat curi tulang sebab nak zuhor di rumah..

kuih lapis cendol
by anymz my kitchen
source yatie

Bahan-bahan A:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam
  • 11/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]-saya tambah 1 sk coklat emulco
  • 1 cawan cendul
  • 1/2 cawan air



Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
  6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
  7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
  8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
  9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
  10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
  11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan


16 comments:

Mak Qis said...

kak anim..berseri je kuih lapis cendol neh...

Yatie said...

Assalamualaikum K.Anim,
cantik kuih lapis cendol akak tu..mcm rupa kuih talam cendol pun iye juga...apa pun mmng buat yatie terliur sangat..suka betul kuih2 mcm ni....

ady said...

as-salam kak
cantik lapis cendul tu...terlior sekejap...

hana said...

salam rindu kak.nim ku yg jelitaa...
apesal kuih tuh nampak lawo ar??! pingsan jap!! nak g carik kat warung makjah kot2 dier ader jual...hihihihihi

inaku79 said...

k.anim, comel jgk yer ada corak2 cendol kt bawah tu. nmpak berseri jdnya kuih lapis ni. lg selera la nk makan...:)

oic...k.anim bz menolong kt kenduri rupanya...

Uncle Lee said...

Hi Anymz, this the first time I see this. I have eaten kueh lapis, love it, but with cendol? Never. You are very creative.
It looks really delicious.
I think bila makan this ada sikit problem. Da masuk mulut satu, nak dua, then tiga....ha ha.

Have a nice day and stay young.
Lee.

Ummi said...

Salam Anim...thanks yea ucapan tuk cik hb Ummi tuh..heheee....Apa salahnya kalau hantar sikit talam lapis cendol tu...kan..kan...hehhehe

Ayu said...

Assalam kak anim,
3 hari tak keudara rindu pulak kita..talam lapis cendol nampak sedap ni...masih ada lagi ke kuih ni?..kak thanks for the wishes tu ya..terharu kita tau..sibuk2 akak pun masih sudi kerumah kita..

anymz said...

to mak qis
berseri cam akak kan?..kahkah

anymz said...

to yatie
terima kaseh yatie..selalu dapat share dgn yatie resepi2 talam yang bagus2 dan enak2 belaka..

anymz said...

to ady
lapis cendol versi yatie ni memang sedap ady.cubalah

anymz said...

to hana
salam rindu gak buat adikku yang manis lagi menawan kalbu..
wah lawo kan?..cam tuan yang buat tu jugak kan?..
wah hana mentang2 ko dah dok mesia,ada je gerai mak jah kat sana ya...

anymz said...

to inaku 79
berseri tu sudah pasti ina..cam puan yang membuatnya..cewah..riak tahap gaban nih..hehe..
sayang sekali sudah jadi baja lah dik oi

anymz said...

hi uncle lee
dah masuk mulut bukan mau satu,dua atau tiga tapi mau makan lima sekaligus..
you too uncle..stay young and keep smiling..:)

anymz said...

to ummi
sam2a ummi..hadoi ummi talam ni dah jadi baja dah..dah berzaman buat..hehe

anymz said...

to ayu
sama2 ayu..
rinduuuuuuuuuuuu kat ayu jugak..rindu bangat nih..semoga gumbira di hari jadi nan lalu ya ayu..happy 17th bday..kahkah