Wednesday, 20 April 2011

Ekor Ikan Siakap...

Assalamualaikum semua
Saja akak buat gempaq sikit..letak tajuk tergantung gitu..menarik tak?..menarik?..hehe..
Tentulah !! kan korang dah singgah tu..maceh singgah ya.

Semenjak dua menjak ni akak tinggal empat beranak je..cuma hari ni je amir dah balik.budak2 yang ambik matrikulasi sudah mula bercuti..baru habis final exam...moga2 anak keempat akak tu berjaya dgn cemerlang..mohon doa dari kawan2 semua ya..insyaAllah semoga dia berjaya mencapai cita2nya itu..amiiin..

Ikan siakap ni besar sangat, tu yang akak kerat dua.bahagian ekornya ini akak masak tiga rasa .
Tiga Rasa hantam sajalah namanya...muhaha...meh tengok resepi nya ya..kalau percaya boleh ikut..tapi untuk anak2,korang kata sedap kan?..nah ini lah resepi nya..esok2 bila mak dah tua,tak larat nak masak,kalo mak teringin nak makan ikan tiga rasa,korang masaklah gaya gini untuk mak ya...hahahaha



Ikan Siakap Tiga Rasa
by
anymz mykitchen

bahan2

1 keping bahagian ekor ikan siakap atau seekor ikan yang anda suka
5 ulas bawang putih-di titik
sedikit halia-di titik
sedikit daun ketumbar
10 ulas cili padi siam-di tumbuk kasar ketepikan
2 sb sos cili
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
4 sb kicap manis
1/2 cawan air
garam
kunyit
minyak untuk memasak

cara

Ikan di bersihkan dan di gaul dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing
Angkat ikan dan ketepikan
Ambil lebihan minyak dan tinggalkan anggaran 3 sudu besar di dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
Masukan cili padi dan semua sos
kacau rata dan tambah air
kalau kurang garam bolehlah di tambah sedikit garam
kacau rata dan curahkan ke atas ikan
Tabur daun ketumbar di atas ikan
boleh di hidang bersama timun atau tomato
Dah masak
Sedia untuk di hidangkan


6 comments:

Nieza said...

sedapnya siakap 3 rasa ni kak...lapar dh ni ..hehe didoakan semoga anak akak berjaya nanti...InsyaAllah..amin.

cik cek said...

Salam kak Anim....

bejayo kak Anim buek gompak....
cek singgah dah nak nengok apo bondo masak eh ni...he he =)

izahdaut said...

ikiki..
tumpang gelak cikittt

hana said...

hahahahahaha.... mintak 2 ekor ikan siakap kak.... ekor yg lg satu tau...bukan lg dua..hihihihi

Mas said...

muahahaha....ekor pun sodapppp jugaaaa...
nak3......
sedappnya tengok ekor siakap tu.....

anymz said...

to nieza
terima kaseh nieza.meh kita makan sesama..meh..


to cik cek
hehe..terpedayo jugak cik akhir ee yo..maceh singgah yo cik yo.