Saturday, 2 April 2011

Pepahat Goreng Cili/Bamboo Lala

Assalamualaikum semua

Hah!..pernah dengar dan pernah tengok tak menda alah nih?
Mula-mula akak tengok pepahat ni kat rumah lady of leisure yang sudah hampir sebulan sunyi sepi tanpa berita.mungkin mengikut suami tercinta bermesyuarat di luar negara,,cewah cam pantun lak.eh!dah melalut ni..
Pagi tadi akak mengajak en suami ke kuala sungai baru mencri ikan2 segar di sana..memang kalau nak ikan2 fresh ni akak suka sgt ke tepi pantai..jarak kuala ni dari rumah akak ada dlm setengah jam perjalanan menaiki kereta.best wo ke sana..tenang je tgk pantai waktu pagi..
Bila akak terjumpa dgn pepahat ni terus akak beli sebab akak pernah tgk lady post entri pepahat goreng bercili ni dlm blog beliau..rasa dia??...rasa dia macam lala.cuma pepahat ni lebih berdaging sedikit.sedap tau...jadi kalau sesiapa yang belum pernah mencuba tu cuba2lah belajar ya..sorry lah kekok sikit ambik gambar..kurang sesuai posisi pepahat tu dlm gambar ni kan?






Pepapahat Goreng Cili
by anymz mykitchen
source:Lady Parlour


Bahan-bahan:

1kg pepahat - cuci bersih
2-3 batang serai - diketuk
5 biji bawang merah kecik - tumbuk
2-3 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar cili boh
Belacan sebesar ibu jari - tumbuk
Beberapa sudu sos tiram
Beberapa sudu sos cili
6-7 helai daun limau purut - hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis serai serta bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili boh. Masak lagi hingga naik minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tak perlu masuk air sebab pepahat akan mengeluarkan air nanti.
  2. Masukkan pepahat dan gaul rata. Bila pepahat masak, masukkan hirisan daun limau purut dan tutup api. Hidangkan.

13 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak anim,
tak pernah makan pepahat ni..
nampak sedap.. =)

Mas said...

kak anim...
eden tak ponah makan pepahat ni...
sodap ko...
rasonya cam namo .......
pernah nampak kat tv....

AZLINA said...

Assalamualaikum kak Anim..sya dtg nk tengok pepahat, emmm mmg x penah jumpa benda ni..cuma pernah tengok kat tv rancangan mkn2, mst sedap ni sbb tengok pon berselera je...

kasihredha said...

akak tak pernah makan...hari tu tengok kat rumah Lady...sure sedapkan kak :)

AZLITA AZIZ said...

kak Anim kalau tak silap ita kat tempat ita ni orang panggil kijing...

sedap klu masak pedas2 cam ni... rasa2 sedap meratah jugak ni.. cengkerang dia nipis aje kan kak?

Lanc3 said...

Patut ker kerusi roda dijadikan bahan lawak gelak ketawa di ABP2010?

checkout my new post at:-
http://syokgelak.blogspot.com

jom bagitaw aper korang raser...

LinRosly said...

Assalamualaikum Anim

Pepahat tu apa? Pertama kali dengar...mungkin ditempat Kak Lin ada nama lain kot...

Ayu said...

Assalam kak anim, siput buluh ni memang sedap..kita kalau jumpa kat pasar mesti beli walaupun lauk di fridge dah penuh..heheh suka buat ratah2 gitu aje..

ady said...

as-salam kak
tak pernah mkn pepahat ni, sedap ke kak...

Uncle Lee said...

Hi Anymz, I suka ni, But I think saya ada sikit problem...pronouncing the name.
Okay sekali lagi, 'papa...no, Pepahat". Okay got it!
It is delicious.

Ini kalau dapat jemput makan your house, and with your famous sambal belachan, habis la cherita! Tiga pinggan saya buat magic, ha ha ha.

By the way, what is 'chilli boh'? Can eat with chopsticks kan? I think your hubby no need go out eat restaurants. Tentu he says, 'no standard, my wife anytime best of the best. The Top Gun of cooking".

Waaa, macham ni boleh dapat invitation datang makan? Arhaaaa ha ha ha.
You are good, Anymz. And I love your kueh bongkok....CheH! I mean Bingka.
Have a nice day, Lee.

Nieza said...

Assalam Kak Anim, sedap ke kak?tak pernah mkn juga pepahat ni...mcm mana rupanya tu ...tak berapa nampak sgt photo akak ni.hmm..teringin lak nk rasa mana nk pi cari kat sini ..hehe

anymz said...

to norul mas hana
akak pun baru first time makan nih..sedap tau.


to mas
raso ee cam lala jugak lah mas tapi isi lagi banyak..sodap mas.hargo mahal lah sikit..ala sikit yo.hehe



to azlina
sedap ina..akak pun first time makan ni..mula2 pun akak tgk kat blog lady,sebelum2 tu mmg tak pernah dengar atau jumpa.


to kasihredha
huiih..memang sodp kak

Zalia said...

Lia pun suka makan pepahat goreng pedas... :)