Friday, 22 April 2011

Ayam Sambal Hijau




Assalamualaikum
Ini lah hidangan akak untuk makan tengahari hari Jumaat ni..
Terima kaseh yatie atas resepi yang sedap ni..kalau laukpauk ayam macam ni memang menjadi kesukaan anak2lah kan.
Dah lama betul resepi ni dok tersimpan dalam draft..bila tengok mas duniaku buat hari tu dah teringat nak buat dah.lepas tu terlupa..hehe

Meh kita tengok resepi yang akak ambil dari rumah yatie,sinar kehidupan..dan mas duniaku

Ayam Sambal Hijau
by
anymz mykitchen
source:Yatie


Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara memasak :
  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

8 comments:

izahdaut said...

napa sekali imbas nampak cam lauk pucuk paku je..muekekekee..
aii hangat nampak tengah tengahari ni..sabau yo..den gurhou manjoo..
mlm ni kite golak samo2 sambil tengok maharajo lawak yo

anymz said...

to izahdaut
ko kan zah.montang2 dah kono cukup2 mlm tadi,ko dah tak dapek bezokan ayam dgn pucuk paku yo...rabun ko apo ko nih..hahaha

Mas said...

kak anim..
sedappkan ayam ijau ni..
mas pun suka....
nak ngendeng sikittt...

cik cek said...

Salam kak Anim...

Sajo yo kak anim ni...buek porut den lapar...lum makan lai ni...nak mintak semangkuk...mak ai! macam sobolah ghumah lak...nengok gamba pun jadilah...hu hu...

Zaliedana said...

Kak anim,
Eh kalo kak izah nmpk pucuk paku,sy lak nmpak cili ijo jer,mntang2 lah sambal ijo,hahaha..Sebenaqnya jeles sbb ayam xda lam peti,rini mkn teluq ja,esk baru nak g market,Meh nak rasa cikit,sedap yer,nak yg wing ya..

Yatie said...

Assalamualaikum K.Anim,
Nmpk menyelerakan betullah ayam sambal ijau akak ni..laporlah plk...nasib baik dah makan tadi...tu kat bawah sup ikan lagi..semuanya sedap2...

rruunn-ziza said...

sedapnya...:)

Nieza said...

wahhh sedapnya...msk ijau yg menyelerakan...tumpang mkn sini boleh kak?...hehe