Thursday, 3 February 2011

Mi Kari Ala Nyonya

Assalamualaikum semua..
Terlambat akak bersiaran hari ini.maklum cuti panjang ni macam2 kerja yang nak di buat..
Hari ini akak buat mi kari ala nyonya hasil skodeng kat dapur KJEE..blog kjee bukan blog masak2 cuma sesekali kjee akan produce masakan2 dari resepi2 simpanan nya..kalau kita rajin ikut blog beliau mesti sesekali (ada dlm beberapa kali kot.kjee baru buat blog) kita jumpa resepi2 yg cuma beliau je yg ada..hehe
mula2 akak buat mi kari ala2 nyonya ni suspen ngko..apa taknya pakcik kat rumah ni dah biasa dgn mi kari kuah air udangnya dan masa akak nak cuba tukar berpinau2 akak berpikir takot tidak di gemari oleh rakyat jelata..alhamdulillah...dengan seekor ayam dan sedikit fishball dan fishcake nya sudah habis licin di jamah oleh rakyat jelata...suka..suka..kalau rumah korang ramai rakyatnya buat sediki penambahan ya..semua bahan boleh di gandakan.

Maaf ya KJEE kita betul2 kopipes resepi kjee di sini supaya mudah rakan taulan nak faham cara masakan mi kari ala nyonya buatan kjee yang sebenarnya.


mi kari ala nyonya
by anymz my kitchen
source:KJEE

bahan2nya:

1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu gorang)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyonya.

korang cubalah. memang sedap giler tau. kjee puji sebab bukan resipi ciptaan kjee tapi orang punya. tapi masa hidang kuah dia mesti panas tahap mengelak gitu. aduh maleh nak citer lah.

kjee ada bagi resipi cili jeruk dalam Notes kjee di FB. rupa2nya ada cara buat cili jeruk tau. bukan main hentam bubuh air panas jer tau. korang nak tahu, intailah kat Notes kjee di FB. best giler cili jeruk tu, wa cakap lu.


maaf.kerang sudah habis..
bahan2 tak banyak yg di gunakan..jimat pun jimat.





12 comments:

Ida Ddapur said...

Kak Nim...ni peberet ida ni..nak semamngkuk boleh...Jepun ni susah sikit nak dptkan kerang, kalau ada pun yg tak fresh...kurang ummpp

anymz said...

boleh2...sedap ida resepi ni. sempoi sgt..buat pedas2 makan masa musim sejuk memang power giler kata anak2..hehe..
lorrr..takde kerang kat jepun rupanya ya..padanlah hana selalu meroyan bila nampak kerang..hehe..

Mas said...

kak anim cayang...mas datang nak ngendeng mee kari tu...sedapp la....kasi la semangkuk...he..he..

Sofea said...

salam..k.anim masak mee kari, sy mee sup..!jom tukar2..! ;)

Mimiey.. (^-^) said...

kak nim, mie dtg nih...bwk mangkuk tingkat nak tapau mi kari tu...kerang lebih tau... sume lebih pun xpe,lagik xkisah...lallalalal

PALATABLE said...

Nampak mi kari nyonya ni lebih pedas dari yg biasa...anak akak mesti suka ni...

http://treatntrick.blogspot.com

inahar ali said...

salam k.anim..masakan k.jee nih seme confirm sedap2 belaka..masa k.jee berniaga kt t.melawati (sebelah sekolah my kids) almost tiap2 hari me & hubby mesti bekfes kt gerai k.jee..pepagi buta kitorang dh bedal laksa johor,penang kway teow @ mee udangnye..mmg melotupss! pastu tghari lak..anak2 wajib beli iceblended chocolate yg tersgtlaa sedapnye..rasa cam kt cafe2 western yg for sure tersgt mahal kan..tp k.jee jual murah jer!itu ler..sejak k.jee stop berniaga nih..dh kempunan & rindu ngan masakan nyer! jumpa pun kekadang kalu dier sakit mai klinik kita..

Lady of Leisure said...

huwaa sedapnya kak.. terliur tengok..

Nieza said...

kak nim, terasa laparla singgah dapur akak mlm2 ni...terliur nengok mee itew...hehe kat sini pun susah jumpa kerang kalau ada tak fresh pun semua frozen jer.

hana said...

makcikkkk... mee kari nih ader lg kaaaa?? klu dh abes buatkan lagik! lalalalalalaaaa

Deliah's Deli said...

kak, kena tgk puas2 kat sini..sbb kedai bnyk yg tutup :))

Uncle Lee said...

Hi Anymz, that mee Nyonya looks absolutely, sinfully, delectably delicious!
I can practically get the wonderful aroma of the spices you used.
I look at the bowl, agak 2 big ones no problemos.
Ada lagi? I bring my own chopsticks.
You ada sambal, kan?

Wishing you a very happy Rabbit year....
Stay young and have fun.....
apa nak masak esok?
Lee.