Saturday, 26 February 2011

Asam Pedas Ikan Jenahak

Assalamualaikum semua,
Selamat Berhujung minggu ya semua..baru lepas layan hindustan ek?..best kan?..tapi cuaca panas sungguh kan?..
Takmo cerita panjang hari ni.saja letak post asam pedas dari org sedenak ni..sedap betul asam pedas org Johor ni tau..meh tengok resepi..sebelum tu mintak maaf ya mat.ada yang akak derhaka sikit2..alaa..sikiiiit je.hehe


asam pedas

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang, anggaran 3 ekor-akak guna 1 keping kepala dan 1 isi ikan jenahak
1 biji terung biru-akak guna bendir
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
1 1/4 cawan cili kisar
Garam dan gula (kali ni mat letak serbuk perasa...atas perintah yeaa)-akak guna 1 kiub pati ikan bilis

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas'
2 keling hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 batang serai-akak tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat sederhana besar, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 dan potong serong setiap belahan, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tumis hingga cili garing, guna api perlahan. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan terung, kacau rata dan tuang jus asam jawa, masukkan daun kesom. Bila mendidih, rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak hingga terung lembut dan ikan masak. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....
asam pedas kali ni akak kisar sekali serai tu.
dan
tak sah kan kalau buat asam pedas kalau tak ada telur dadar?
dan
akak pun buat lah telur dadar cencaluk


telur dadar cencaluk.
resepi lihat Di SINI.
seriyes sedap telur dadar ni rupa2nya.
nyesal lambat buat.


11 comments:

Mas said...

kak animm..
sedappnya makan nasi ngan asam pedas dan telur dadar....
terliur mas nengoknya...

izahdaut said...

kak nim..tak men la tengok industan gajah2 tu..tu zaman dolu dolu je..kite jenis modern modern dan wanita terkini lagi sensasi ni tengok industan tv3 lah..ekekeke...eksenn..hahaha..mampos kene ketuk ngn kak nim..
eh apa tunjuk2 lauk best2 neh.nyamfahh..
saya mkn olok2 je.contoh kipap playdoh tu.terapi minda untuk berdiet..wahh..kelazzzz..haha..merapuu jek.ampon kak nim..

anymz said...

to mas
sedap kan mas kan?..meh join akak jap2 lagi..(ayat buat izah jeles)..

jgn layan ijahdaut tu,bior dia makan kipap playdoh tu je..wakakaka

anymz said...

to izahdaut
waaah!eksen kau ya jah..

tengok gajah tu lah best..cerita kemanusiaan. ajor org berkasih sayang..ko elok tgk tu zah..ko kan keras hati..wanita moden kan ke wanita berhati besi...
wakakaka..
lariiik,satgi kena katok pale..

kasihredha said...

Kak anymz, mentang2 le dah boleh makan nasi...terus je masak asam pedas ye...huhu...sodap sodap

HomeKreation said...

Salam KakAnim. Best nya lauk asam pedas. hehehe KakAnim dgn Izah main kejor2 ni sape lak nak ketuk kepala siapa... kita tukang tepuk tangan jer, sape yg kena ketuk pun kita tepuk...kehkehkeh.

ady said...

as-salam kak, sedapnyer asam pedas...kalau letak lada hitam lagi sedap tu kak...

Naz said...

Salam kak Anim..
Nak sikit kak...Nak lauk tu..Shedappppp..

fara dean said...

assalammualaikum..
akk..mmg ssuai utk lunch hr ni..
sedapp

zarin said...

kak, tgh hari tadi pun saya makan asam pedas ngn telur dadar tapi makan kat kedai arrr :D
nak buat sendiri tk sesedap mkn kat kedai..errr kak, tambah lg satu lauk asam pedas ni kalau sy dtg umah akak nanti ye! hikhik :D

Uncle Lee said...

Hello Anymz, when I see this asam pedas, I think I should have married a Malay girl.
Or best, satu Cina, satu Melayu....every malam ada tukar menu...arhaaaa ha ha.

I love this....your asam pedas I mean, not 2 wives.
If kalau you bila jemput saya datang makan, standby masak extra nasi....da tentu tiga pinggan lichin....
I bring chopsticks....

Even though I dated Malay girls before, makan at their house, never learned to eat with tanggan.
Maybe should have married a Malay girl, then I learn.
Ha ha.
Have a nice day.
Lee.