Sunday, 6 February 2011

Kari Burung Puyuh kering Ala Rendang

Walaupun rasa tak sehat tapi masak tetap memasak.lebih2 lagi ada anak2 yang nak balik ke destinasi memasing.kesian pulak kalau diorang balik dgn perut kosong..ada jugak yang bawak bekal lauk ni bila kembali ke asrama..
Bila akak ke pasar tani minggu lepas akak ternampak daging burung puyuh ni..ada yg jual sudah siap di salai dan ada jugak yang segar tapi akak ambil yg sudah siap di salai..memandangkan tekak ni tak berapa nak masuk masak lemak cili padi akak pun buatlah kari kering ni..memang sedap lah.anak2 meratah macam tu aje.maklum daging burung kan lembut.tulang dia pun kita boleh telan..cuma kita kena adjust sini sana sikit lah sebab kan daging nya yang sedikit lembut jika di bandingkan dengan daging ayam.resepi asal akak dapat dari rumah YATIE.

kari burung puyuh kering ala rendang
by anymz my kitchen


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ekor daging burung puyuh
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus-akak tak guna.anak2 tak suka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 1/2 camca besar cili kisar
  • 600 ml santan
  • 3 camca besar madu
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar kerisik-akak tak letak
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
  2. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masukan daging burung.
  3. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor.
  4. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata.
  5. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.




sedap di makan bersama roti.




7 comments:

Nieza said...

assalam kak anim, sakit lagi ke kak?harap cepat baik yer..hmmm patutla saya dapat telur puyuh jer...rupanya burung puyuhnya terbang kat umah akak...hehe btw jom kita tukar kak ngan sambal telur puyuh saya...terasa kesedapan puyuh tu suka juga ratah gitu jer.

Yatie said...

As Salam K.Anim,
Menyelerakan betul lauk akak ni...tngk pun dah tau mmng sedap...sedap hingga menjilat jari..

Uncle Lee said...

Hello Anymz, mari tolong saya, I brought 3 pomelos, and 2 dozen persimmons...and pussy willows from Canada...in Chinese it's called 'yin lui'...good to give at Chinese new year time..means 'bringing money'.
Only Canada and parts of US ada these pussy willows.
You like my baju lipstick merah? Ha ha.

Okay, ini sekali I will take a pass on this burong curry. Even if sedap best with roti.
Ayam saya makan, burong tidak. Kambing ke goat pun ta'makan....
What is burong puyu?

Anyway, bila masak ikan chincharu sumbat your famous sambal, send telegram. I bring durians next time.
You stay young, jangan lupa pakai lipstick bila masak, and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ps, Better not make rabbit curry this year....if get pregnant tentu dapat triplets, 3 sons, all boys. Ha ha ha.
Lee.

izahdaut said...

erkk..assalamualaikum..intai kami antara nampak...intai balik langsir..shy shy cat datang umah kak anim neh..hahaha


kak anim, makan ubat ye..semoga cepat sihat..jaga diri..jaga makan..i lap u!!kalau masak lomak jangan lupa den di ampang yo..

Mimiey.. (^-^) said...

kak nim xsehat ehhh???? jangan lupa makan ubat tau.... kalau rase xlarat nak habiskan puyuh tuh, xpe...mie ade...hehhehehhe

anymz said...

to nieza
ada kurang dah sikit nieza..hari ni akak puasa.nak betulkan balik cara pemakanan akak.mana tau bila posa semua boleh back to normal again..trima kaseh for ur concern.really appriciate it..:)

anymz said...

to yatie
sesekali je boleh lah makan daging burung ni yatie.takleh selalu sangat.