Tuesday, 1 February 2011

Masak Lada Ala Melaka


Assalamualaikum semua
Baru hari ini akak dapat bersiaran..loteh den kojo an esbok tu hah...berpindah barang2 tu yg buat akak jadi longlai..esbok yg sedia ada je dah ada 2 biji.tu pun tak cukup2..poning den...huhu
Ini aje yg dpt akak masak hari ni..ya betul akak masak awal sikit hari ni sebab ada hal yg perlu di uruskan ptg ni nanti.maklum hari ni semua anak2 berkumpul di rumah sebab cuti panjang CNY ni kan.resepi akak ambik dari majalah saji..dah lama.dah selalu buat lauk gaya gini..memang sedap..kalau suka leh tambah2 kerisek atau kelapa bakar.masak lada gaya org melaka,mereka guna kelapa bakar..huiihh..memang sedap gilos lauk tu..tapi renyah sikit nak membuatnya..

masak lada ala melaka

sumber majalah saji

bahan2

2 ekor ikan cencaru-akak guna ikan kembung
1 paket rempah kari ikan babas
40 gm cili kering(kisar)
2 tangkai daun kari
3 biji bendi
30gm asam jawa
2 sudu besar serbuk lada hitam-ini akak tambah
100ml air
garam gula


bahan tumis

10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sk herba India

cara

Tumbuk bahan tumis hingga lumat
Panaskan kuali
tumis bawang putih daun kari dan herba India kemudian masukan kesemua bahan tumis tadi.
Tumis hingga naik bau.
masukan cili kering dan rempah kari ikan.
tumis seketika hingga garing.
kemudian masukan air asam jawa dan air dan kacau sebati.
masukan ikan dan bendi dan biarkan mendidih.
sedia untuk di hidangkan..

9 comments:

Sofea said...

singgah rumah k.anim sat..awal akak masak hari niii...:)

Mas said...

ni dikira asam pedas gak kan kak anim...he..he...

PALATABLE said...

Salam Anim, tengok lauk ni teringat mkn di Melaka beberapa tahun yg lalu, kalau dekat nak tumpang makan....


http://treatntrick.blogspot.com

Cendana Kasih said...

dulu pernah buat masak lada ni..asalnya tak pernah makan pun, rupa2nya macam kari jer kan...

anymz said...

to sofea
ya la sofea.ingat tadi nak keluar sekejap sbb ada hal yg perlu di bereskan maklum lepas ni cuti panjang tapi tak jadi pulak.cam nak hujan je kat luar tu.

anymz said...

to mas
rupa dia macam kari mas.tambahan lagi ada rempah kari tu..sedap mas..akak suka masak gaya2 org melaka ni.makan pulak dgn cencaluk..perghh..

anymz said...

to palatable
hehehe..tu lah jauh sgt ya..sedap kan?..masih terasa rasa2 rempah dan asamnya tu kan?

anymz said...

to cendanakasih
ya rupa dia macam kari..kalau guna ikan tenggiri lagi sedap..masak lada org melaka yg ori lain sikit gayanya..lagii sedap tau.hehe

Eena said...

eena nak tanya rempah india ni ape ye :)