Monday 31 January 2011

Nampak biasa je..masak kicap ikan senangin.chinese style

Assalamualaikum...
menu ni akak masak sekali masa buat tomyam semalam..nampak masak kicap cincai biasa je kan..?memang pun tapi setiap kali masak cara ni pasti licin dan di gemari rakyat jelata atau tetamu yang datang bertandang.untuk adik2 yang bekerja dan baru mendirikan rumahtangga tu,tak rugi mencuba..neh layan resepi


masak kicap ikan chinese style
by anymz-mykitchen

bahan2

3 ekor ikan senangin sederhana besar/siakap pun boleh. kalau boleh jgn potong cuma kelar2 je
1 labu (dlm 8 ulas) bawang putih-di cincang kasar
2 ketul halia-di cincang kasar
1 cawan kicap manis-boleh tambah jika suka
2 sb kicap masin-jika suka.akak tak letak
2 sb maggi seasoning-jika ada
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak

cara

ikan di bersihkan dan dilumur dgn sebuk kunyit dan garam.
panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing secara deep fry
bila sudah masak,angkat dan toskan.
susun ikan atas pinggan.
gunakan minyak yang sama dalam anggaran 3 sudu besar
tumis bawang putih dan halia
masak hingga wangi.bila warna sudah agak keperangan masukan kicap manis dan maggi seasoning.kacau sebati.bila sudah berbuih angkat dan curahkan atas ikan.

p/s
tidak perlu menggunakan air kerana masak kicap ini memang jenis kering.sesuai di masak utk org dlm pantang dan makan dgn lada hitam.


mudah je kan?...



14 comments:

Mas said...

kak anim....mas pun suka goreng ikan dan masak macam tu...simple kan kak...colek ngan sambal belacan pun dah cukup sedapp...

Deliah's Deli said...

assalamualaikum kak..ikan talapia blh x bt gini?ada 4,5 ekor lg tp x tau nk masak per..hr tu msakkn stim mcm akak bt tu sedaapp..liciiinnnn :)

anymz said...

to mas
sedap kan mas masak cincai2 gaya gini.makan dgn nasi panas mcm tu je pun sedap kan?.

anymz said...

to Dell
boleh dell.ikan talapia pun sedap gak...jgn lupa letak bawang putih dan halia byk2..boleh pecah kolestrol tu..hehe

kasihredha said...

simple & sedap...
akak suka yg simple2...cepat..boleh makan cepat :)

Chik Mimi said...

ala kak cincai pun nmpk sedap kak kena ngan nasik panas2 ngan sambal belacan puh berpoloh

cikmanggis said...

Cm suka menu yang begini.Senang dimasak dan sedap dimakan:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Anymz...

Hawa pun ada jgk freezer Dah lbh 2thn abah Hawa belikan..adalah simpan brg frozen & also bisness karipap kecil2lan :)

Berapa harga freezer kat sana jual?
N macroni style mamak tuh kalau gunakan mee lbh sedap rasanyer kalau di bandingkan dgn macroni...

Selain nama ikan senangin dipanggil ikan apa?

Nor said...

salam kak anim, lama tak masak ikan kicap. suka masak style gini!

anymz said...

to kasih redha
betul tu kak kasih ku sayang..lg cepat lg mudah dan mau sedap kan..kan..

anymz said...

to chik mimi
ha'ah la mimi..masak cincai lah baru sedap makan dgn sambal belacan kan?.hehe

anymz said...

to cik manggis
betul tu cm..lauk cenggini semua org leh makan..tua muda kecik beso kan?.

anymz said...

to mama hawa
senang sikit keje kita hawa.taklah asek ulang alik ke pasar je setiap mggu.bila dah mcm ni boleh le 2 mggu sekali tapi kan kena pastikan ambik ikan kat tepi laut tu hah..jadi broker lak kita pg2 buta sbb nakkan ikan fresh.
harga dia dlm 1k lebih je hawa..rasanya lebih murah jika di bandingkan dgn yg mak akak beli 10 thn dulu.

anymz said...

to umi
senang keje kan umi.goreng2 makan dgn kicap mentah pun sedap gak.hehe