Wednesday 26 January 2011

Kari Ayam Kering Ala Rendang

Assalamualaikum....
Hari ni terlambat sedikit masuk dapur maya nih..pagi tadi akak cuma dapat berkunjung ke dapur sebahagian je dari kawan2.tak dapat pergi semua..nanti bila2 akak senang akak jenjalan lagi ya..
Lauk ni sudah lama berada di pasaran cuma akak je baru nak buat..apa yang boleh akak katakan memang sedap resepi dari CMG ni..tapi akak kopipes resepi ni dari rumah YATIE,Johor..eh!boleh gitu ke yatie? sebab dah balik dok Johor kan..hehehehe..
meh tengok resepi ulang tayang dari blog kawan2...tak rugi mencuba.dah habis pun..ooppss..satu lagi nak bg tau akak guna ayam pencen@ayam telur..
akak rebus lebih kurang 11/2 jam ayam tu untuk buat daging nya lembut..memang sedap guna ayam ni.sebab boleh ratah2 tulangnya..cuba lah


kari ayam kering ala rendang

sumber:CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus-akak tak guna.anak2 tak suka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 3 camca besar cili kisar
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar madu
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar kerisik-yatie tambah ni tapi akak tak letak
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
  2. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor.
  4. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata.
  5. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.




11 comments:

Unknown said...

assalam kak anim..saya datang bawa pinggan dh ni ...singgah lunch kat sini la yer..hehe...sedapnya menu akak ni terliur dh dibuatnya ni...hehe

Mas said...

mas pun suka masak ala2 kering macam ni...sedappnya tengok...

anymz said...

to nieza
no pblm nieza.
sila lah..makan lah apa yg ada ya.air panas pun dah buat ni..eh!tak bawak karipap sekali ke?


to mas
sedap kan mas.rasanya mas dah pernah buat kan?.

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Nak sket boleh?

Ayu said...

kak sedap ayam nikan..kita pun dah try dulu..berselera kita makan..maklumlah kuat makan..semuanya sedap..hehe

izahdaut said...

kak nim...nasib tak buat gulai lomak..kalau tak tadi tak mo masuk umah kak nim ni..huhuuhuu...ngidam gulai lomakkkk...

Azlita Aziz said...

aduh! sedapnyer kak makan ayam pencen... ayam ni pencen kerajaan ke kak???

zarin said...

sedap ye kak! ada rasa mcm rendang tak?

anymz said...

to kak sam
boleh,tggl leher je dah hah.hehe


to ayu
memang sedap..ada jugak yg sikit2 kita derhaka kan..

anymz said...

to izahdaut
alolo..cian ko izah..katalah suatu hari nanti kita jumpa izah nak lauk apa..no pblm punyo.anytime akak leh buatkan.hehe


to azlita
ha'ah pencen kerajaan..duit pencen nya akak kebas.hehe


to zarin
takde la rasa macam rendang sgt..tapi abg kat rumah suka betul.siap ratah2 lagi..ni lg sorang,mesti dah kepingin sgt nak makan rendang ns ya zarin..insyaallah musim durian kita jumpa ya.

Yatie said...

Salam K.Anim,
Samalah kita merendang...Yatie pun masak rendang semalam,arini wat roti pintal....so Yatie makan dngn lebihan rendang tu...sedapkan kak lauk2 mcm ni...menjilat jari uuuuuuu,,,,