Tuesday 11 January 2011

Roti Oat Madu

Selamat Petang semua...

Ekceli akak simpan resepi ni dah lama..bila mas DuniaKu sudah menakluk hati semua orang dgn adunan basic dough roti nya,akak pun teringat resepi dari CMG ni yang sudah terperuk lama dalam list simpanan..
Roti ni bagi akak memang sedap.kulitnya garing tetapi tetap lembut di dalam..masa membakar anak2 yang dua org tu masih di sekolah..bila diorang bukak je pintu rumah terus wazir dan ainul berkata...mmmmm...sedapnya bau...macam kat kedai roti, mak masak apa?

meh layan resepi ....mat,akak cNp terus dari dapur mat ya..minta halal kan ya..



Roti Oat madu by:anymz-mykitchen

Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)

Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
  2. Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
  4. Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun"..

bangah kata kalau cicah mushroom soup mesti sedap nih..tapi sayang..roti nya sudah habis.
esok mak buat lagi ek..hari ni korang makan je lah dulu denga kari ayam tu..



13 comments:

Cendana Kasih said...

kena masuk list respi roti ni..nk menghabiskan stok oat yang banyak kat rumah ni...

Mas said...

kak..meh ramaikan hari meroti..he..he..
tak tahan tengok roti tu..siap ada kari lagi wat cicah..sedappnya..

hana said...

kiter pong nk masuk list! sama kes ngan noorma nk abeskan oat!! yihaaaaaaa... bak dua bantal kak! satu wat pelok sath wat mkn! hihihihi

Deliah's Deli said...

salam kak...roti kosong pun dah sedap apa lg yg bhnnyr mcm2 :p~

* pd sy nak bt swiss roll tu mmg kena ikut betul2 cr dia (itu pun x brp nk jadi sbb melekat) butter cream sy bt earlier..esknya br buat kek :))sy pun tgk juga kat youtube teknik2 nk roll kek ni..ini antaranya:http://www.youtube.com/watch?v=MbBkoawhNos&feature=related

*rasa sedap sgt2 esp bila sejuk..insyallah sy akn buat lg next time :))

izahdaut said...

huhuhu..udah tak larat nak meroti nih..haha..lengan dah tumbuh muscle..sapa sapa ada BM lebih baling kat aku satu.hehee....akak...mantap tul nampak gambor roti tu..cantik...... ni copy paste ke buat sendrik..kahkahkah...berasap tak?kikiki..saja buat ayat dengki...lariikkk

Unknown said...

akak pun kena angin meroti juga yer...wah best la ada roti ada oat ni...menu sihat..nk ler sepotong...hehe

zarin said...

kak animmmm....saya ada mushroom soup ni kak...siap bawak lagi ni...tapi rotinya dah habis ye?
eh, kak buat sandwich ala ala subway sandwich tu pun sodap kalau guna roti ni...hmmm droolzzz

anymz said...

to noorma
kita ni dalam sesi nak menghabiskan stok oat yg dah expired lah ni..dah lebih bbrp hari syg nak buang terus meroti


to mas
roti ni sedap mas.kalau tak mau guna BI dan BS tu guna je water roux cam besa.lembut je kulit luar nya

anymz said...

to hana
ishh.buruk tebiat betul dak sorang ni..bini sape lah agaknya ni ya..nah cuba tengok try test boleh ke idak roti ni buat bantal..pastu guna roti yg sama utk makan..hihi


to Dell
itu lah akak teringin betul nak buat lepas tgk kat rumah hana tu hari tapi takot tak jadi..harus cabar diri sendiri nih..mesti buat..
ya kita boleh,malaysia boleh hahaha

anymz said...

to izah
apo la yg ko dongki bona dgn akak ni zah..ponek2 asst akak snap gamba..ko sonang2 kato akak kopipes..akak piat tingo tu kang...tau lak lari tu..ko lari akak koja yo..hehe

anymz said...

to nieza
mood meroti bukan leh di paksa2 nieza.. time dia suka tu cepat2 beli mauripan..hehe


to zarin
laaaaa..apa lambat sgt datang..anak2 akak ngidam mushroom soup ni..

memang boleh sgt2 zarin kita buat ala2 subway sandwich...sedap rasa dia roti nih.ada manis2 sikit..ada garing di kepala dia..

Nadz Nazharzan said...

Salam kak Anim..
Ni ha, Naz datang bawak sikit lauk daging cili padi dgn batang keladi tu.. Kuah banyak lebih ni. boleh cicah dgn roti oat akak tu hehheee..

Wah kena buat la roti ni..Bnyk lagi oat kat lemari dapur ti..

Chik Mimi said...

Alamak kak udah pinish ka tertinggal kapal tobang ni