Monday, 24 January 2011

Sambal Ayam Berkacang

Selain dari menu ikan kukus tu semalam akak jugak masak ayam sambal kacang untuk lunch maklum anak2 ada yang nak balik ke destinasi masing2...masak la lebih sikit kot2 ada yang nak bawak bekal pulak kan.
Masakan ni lebih kurang macam kita buat sambal jugak cuma tambah sedikit bahan2 lain.


bahan

12 ketul ayam
15 cili kering*-di rebus,tos dan ketepikan
1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
5 biji buah keras*
1 batang serai*
1 inci halia*
sedikit lengkuas*
semua bahan di atas di kisar bersama
3 sudu besar sos tomato
11/2 cawan kacang tanah yang telah di goreng tanpa minyak dan di tumbuk
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng


cara
ayam di bersihkan dan di lumur dgn serbuk kunyit dan garam
panaskan minyak
goreng ayam hingga 3/4 masak.ketepikan
keluarkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi
dengan minyak yg sama tumis bahan2 yang telah di kisar hingga terbit minyak
masukan garam dan gula
masukan ayam yang sudah di goreng tadi
masukan sos tomato
akhir sekali masukan ayam
gaul bersama dan kacau hingga sebati
sedia untuk di hidangkan







7 comments:

izahdaut said...

1st time nengok resepi cam ni kak nim...nak 2 ketul dramstik..maceehhh

fara dean said...

sedap2! tak penah buat lg lauk mcm ni..wajib cuba!

Wattie said...

Salam ziarah,
walaaa sedapnya nampak ayam tu...

Deliah's Deli said...

salam kak...anak2 sy suka ni :p~

anymz said...

to izahdaut
nah 2 ketui..ini lah resepi campak2 namanya.hehe..dulu akak pernah makan ayam gaya ni kat rumah kawan.tapi lupa nak nanya resepi..akak pun hantam saja lah labu..tgk2 menjadi pulak.tapi kalau nak buat seeloknya biar berkuah sikit.


to fara
cuba fara,jgn tak cuba..sedap.rasa masam2manis dan berkacang


to wattie
terima kaseh singgah ya wattie..sedap sesekali ubah selero


to Deliah's Deli
memang ayam kalo masak apa pun anak2 pasti suka.kan?

Nieza said...

sedapnya menu akak ni...menarikla..:)

anymz said...

to nieza
memang sedap..mmmm..