Wednesday 5 January 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies

Akhirnya akak kalah dengan maz,IlhamDapur.

Akak mula di perkenalkan dgn kek ni masa sambutan bday akak tahun lepas..
memang sedap kek ni apatah lagi kalau di lapis dgn cheese..memang marvelous..
cuma kalau sesiapa yg agak2 anak2 tak berapa perkenan dgn cheese kena pikir dua kali lah ya..mcm rumah akak yang seisi rumah ni memang hantu cheese takde masalah langsung..diorang leh makan dgn sekelip mata je..
bila akak tgk rumah maz ada kek ni,cepat2 akak masuk dalam list..jadi sempena bday laling yang ke 53 hari akak cuba lah bakar kek ni semalam..yang benarnya kek feveret mak bedah..kihkih..
abaikan corak2 sememeh kat cheese tu ya..mak bedah baru nak belajar, tangan dah kematu,seni dah hilang..kira okay lah tu kan?..

meh tgk resepi..........
maceh MAZ..kek ni memang super duper

Red Velvet Marble Cheese Brownies by ilhamdapur.blogspot

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...


lain kali nak buat lagi.
kali ni, red velvet tu nak buat dua adunan dan guna acuan besar sikit..tgk potongan tepi tu penuh dgn cheese sbb acuan kecik sgt.




meh layan..memang sedap tak terkata.

17 comments:

Mas said...

cisskek.....meleleh air liur tengok....cantik warna merah tu kak...

anymz said...

to mas
maceh mas,tapi rupa nya bughuk la sikit kan?..masih amatur lagi nih..huhu

izahdaut said...

dah komen kat doh roti, saya nak komen kat ciskek ni pulak.apa cheese cheese ni..ciss bedebah tau mokcik ni..meggudaaa..huwaaa... kak anymz..kezambo sangat ke rasa kek ni..saya dah tahap terpengaruh gaban dah ni..haha

Yatie said...

Salam K.Anim,
Cantiklah kek ni...merah tu yg buat Yatie tertarik sangat2....masuk list lagi ni...kih3...

My Life My World said...

Tengok gambo jer pun dah rasa sedap. Yum Yum Yummmy

anymz said...

to izahdaut
bukan dah tahap kezambo lagi zah ko jumpa zombie pun takkan perasan punya...sodap..isshh..kalaulah tak mengenangkan badan yg akan naik bagai di pam beskal nih,memang akak melantak je sorang2..kekeke


to yatie
masuk list terus buat yatie,kalo tak musti tertangguh punya..nampak mcm leceh tapi berbaloi2 cam iklan digi tuu..wakaka.

anymz said...

to my life my world
itu tgk gambo je acik,kalau makan tak tau lah akak nak kata apa..heheh

Kak Nik Ja said...

alooohlaaa nak buat gak..mokwo dan kuarge memang antu cis...tq anim for sharing..mokwo pasti masuk list utk di peram tapai dulu...hihihi
happy birthday to hubby anim..semoga bertambah kebaikan slepas ini..InsyaAllah!

Unknown said...

kak anymz..

sukenyer nengok kombinasi yang menawan tuh.. sedapnyee..

anymz said...

to mokwo
ye ke mokwo..sama lah dgn kita..best kan?..tp bahaya mokwo kalo makan selalu cis nih..
masuk list pastu cepat2 buat..nanti takot basi kalo terperam lelama..kekeke

anymz said...

to Hann
eh!hann apesal akak tak pernah dpt masuk blog hann?..ada virus lah..cuba hann check tgk..selalu akak frust tau..tak pernahnya dpt masuk.asek ada malware je..

Deliah's Deli said...

salam kak...pnh buat yang x dak cheese..sedap tp klu yg mcm ni mmg selagi x abis selagi tu mengadap..nk try gak :)))

anymz said...

to Deliah
serious akak cakap,memang sedap dell..kek yg kaler merah tu pun sedap kan?..mungkin kelainan nya terdapat pd cuka kot..akak pun tak tau lah.
rasa dia mcm kenyal pun ada kan?..:)

Cik Embun said...

Acik... post laa kat sini skit...
meleleh tgk...

anymz said...

to cik Embun
alaaaahai..nanti bila2 senang jika ke sini acik buat kan ya..:)

Unknown said...

Salam Kak,
terguda nengok kek ni...dah lama berkenan tapi tak terbuat2 lagi...:)

Anonymous said...

Cantiknye kek tue..... geram tengok :)
Ijan