Friday 28 January 2011

Puding Roti Sos Kastad

Assalamualaikum semua..dah makan tengahari?...

Rentetan dari roti yang berlebih selepas akak buat Roti Poket tempoh hari,maka terhasil lah puding ini hari ini..jangan membazir..kerak2 roti tu boleh kita makan dgn cicah nescafe atau milo..tapi memandangkan akak dah simpan lama resepi dari HANA ni,akak pun mula lah memudingkan diri..
Sedap kawan2..memang sedap...bila kita bakar aroma yang keluar dari oven tu pun dah cukup buat kita tak sabar2 nak merasa...akak buat setengah daripada adunan di bawah.dan sos kastad tu akak nasihatkan guna 1 sudu kecil tepung kastad dan setengah tin susu cair kalau kita nak sos yang cair.



Puding Roti

Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

baru keluar dari oven



akak buat telur masak kicap je hari ni..dapat bad news FIL masuk hospital.jatuh di dapur rumah sis in law.dengar cerita patah tulang pinggul...doakan kesihatan nya ya..




16 comments:

Nor said...

salam kak anim. lelehan sos tu cukup mggoda la..

izahdaut said...

ishh...tu la risau kalau org tua kita jatuh ni..tulang dah mmg tak kuat kan..semoga semuanya ok.. akak puding skit.nak rasa sikiitt jee

Unknown said...

wah terliur nengok kastard yg meleleh tu kak nim...sedapnya...btw didoakan semoga FIL akak sihat yer..amin..:)

Sofea said...

betul2 Nieza..teliur kan tgk kastard yg meleleh2 tu..
k.anim..bersabar dgn ujian Allah, semoga FIL pulih spt sediakala..

anymz said...

to umi
as salam umi..sudah tirguda??..cepat2 buat sebelum penyakit 'm' datang .hehe

anymz said...

to izahdaut
tu la jatuh waktu suboh ni memang suspen sikit kan..lama gak dia dok terbaring sebelum seisi rumah lain sedar..patah tulang pinggul kena operate la nampaknya zah..udahnya kedua2 PIL akak dok ateh wheelchair.MIL pun cenggitu gak kes nya..

anymz said...

to nieza
hehehe..makan puding ni memang sedap dgn sos kastad ni nieza..makan dingin2..sedapnyaaaaaaa

anymz said...

to sofea
terimakasih sofea...
nah semangkuk puding..sejuuuuk jer masuk lam tekak..hehe

Nadz Nazharzan said...

Salam kak Anim..
Kak didoakan semoga FIL akak semakin bertambah baik keadaannya..insyallah..

Puding roti yang mengancam kalbu!!Tengok sos yang meleleh tu buat air liur cam nak meleleh jugak hehehe..

Naz datang ni bawak gulai telur itik..

Mama Gee said...

Salam Nim....Semoga FIL cepat sembuh....sedapnye puding roti ni!

hana said...

waduh buk nimmmm.... tgk sos meleleh jer dh mcm nk tergolek gulin2 atas salji... meh tulun suapkan adinda brg sesudu dua..... jiwa adinda jadi gundah gulana dbuatnyer....

arap FIL akak xde apa yg siyes.... mudah2 an slamatt....

anymz said...

to naz
waaah,meh makan..meh makan..naz bawak gulai telur..sedap..sedap...hehe

sedap wo puding ni naz..sejuk je masuk ikut anak tekak nih..hehe

FIL akan di operate mggu dpn.maceh atas doa tu ya.

anymz said...

to mama gee
terima kaseh mama.thnks sudi singgah dan follow..:)

anymz said...

to hana
alaaa..hana tu saje je kan..sos dia lagi cantik tu akak tgk..lagi jeles tau tgk sos dia tu..
wah mentang2 ko ada salji,nak gulin atas saleji je ek..hah main le saleji tu puas2 nnt dah nak balik dah...hehe

zarin said...

sedap ni kak! saya suka..saya nak satu loyang tu buleh? ekeke tamaks haloba kan!

Love2cook Malaysia said...

I've made this bread pudding some time back. Sos kastad dia sedappppp! :D

Hope your FIL is okey now kak!