Wednesday, 26 January 2011

Roti Poket

Assalamualaikum,
selamat malam semua..haiihh..jangan tidur lagi belum pun kul 10pm ..ada lagi 40 min nih.
Hari ni cuaca kat bumi akak pijak ni agak sejuk..hujan je dari semalam.alhamdulillah.dah seminggu panas.nak bagi bunga durian keluar lah agaknya ni kan?.kalau asek panas durian tak berbunga..ececeh..cam terror jek bab durian..bila dah sejuk, perut pun asek lapo.laling balik agak awal..asek cari benda nak mengunyah..pastu bising2, kata akak asek masak jek sebab tu dia gemuk...haiisshh
akak mula2 jumpa roti ni dalam email yang di post oleh adik akak melalui kawannya.masa tu tak minat nak cuba.rasa cam renyah kerja dia.bila tgk kat rumah CMG baru2 ni teringin pulak nak mencuba..mat akak ambik tajuk je ya..tak reti nak bg nama apa kat roti ni.

Akak buat sehabis simple yg mungkin sebab semua org dah duduk kat meja menunggu nak makan

bahan2

8 keping roti(rakyat akak ramai.korang buat ikut bilangan rakyat memasing lah ya)
1 tin sardin
1/2 biji timun
2 biji tomato bulat
sedikit mayonis
sedikit garam jika suka
1/2 labu bawang besar di potong dadu
bbrp biji hirisan cili padi-anak2 akak suka pedas


cara buat inti

keluarkan sardin dari dlm tin.keluarkan sosnya.
sardin di hancurkan dan gaul bersama bahan2 yg lain kecuali roti.cara ini sama macam kita buat sandwich sardin.

bahan2 roti

roti
serbuk roti
1 biji telur-di kocak
minyak untuk menggoreng


Gambar akak ambil dari e mail yg di kirim oleh adik

ikuti gambar 1 bermula dari kiri

1-sediakan dua keping roti
2-lenyek roti dengan roller
3-tekan roti dgn penutup termos atau apa2 acuan bulat yg sesuai
4-jadi kan roti berbentuk bulat dan kemaskan


5-celup roti ke dalam telur yang sudah di kocak
6-mandikan telur yang bersalut telur dgn serbuk roti/bread crumb
7-kemudian goreng
8-toskan minyak

cara isi inti

roti yang sudah di goreng,di gunting dua.sebaik ia di gunting,roti akan tersedia berbentuk seperti poket.isi bahan inti dan sedia untuk di hidangkan.


Tips
selain dari sardin bahan2 inti boleh juga di tukar dgn sausage,isi ayam yg di potong kecil2..ikut suka puan2 lah ya..akak nak cepat,akak guna sardin je,..akak suka makan mcm tu je tadi..cuba lah.enak di makan dgn cheesy sos,sos mayonis atau cili sos.




16 comments:

Hann said...

Menarik lah nampaknya kak anym.. Saya ada stock roti pita.. Boleh gak buat macam ni kan?

anymz said...

to hann
roti pita pun boleh.inti tu boleh di pelbagaikan.daging burger pun boleh..ikut kreativiti masing2lah kan?.

izahdaut said...

ooo kak nim, tu lepas kita tekap tu, roti tu terus melekap la ye.pastu kalau goreng dia memang gelembung ye.pas tu roti tu lepas goreng memang terus melekat ye..tak terbuke ke masa goreng tu kak nim?.pastu gunting letak inti ye..ooo paham paham...sardinn i likee.....gasak jawab soalan

anymz said...

ko sajo yo zah kan..ini sajo2 nak dera haku apa ni?hehe

ha'ah..semuanya betul.masa goreng tak terbuka.dia mengelembung elok je.mula2 goreng tgk mengelembung tu akak cemas gak tapi semua okay jek.

K.Nor said...

k.anim.. yuhuuu.. tuan rumah dah tidur belum?? nak wat lari 2 ketul roti poket ni ya.. hehe

Ida Ddapur said...

k'nim...ohhh cam gini ye nak buat roti poket...pernah la dgr....emmm, mesti sedappp...nak2...tak kira nak juigakkk

kasihredha said...

Kak anymz yg jelita..
nanti ajar cara nak buek serbuk roti yo....ado jual ke?(nak mudah saja...hihi)

Best aaa...roti poket ni boleh di variasikan dengan berbagai inti..fuhh tengok gambar sungguh menawan kalbu.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Very good idea, tak terfikir diakal ni, memang menarik, saya minta izin nak cuba.

zarin said...

betsnya n creativenya kak! nak cuba lah nanti...tk payah nk tunggu yeast ngan tepung tu kembang dulukan! pakai roti gardenia je pun boleh ye!

LinRosly said...

Assalamualaikum Anim...

Selamat Pagi...Dtg Sini Nak Tumpang Sarapan Roti Poket...Ada Lagi Tak?

anymz said...

to k.nor
kejar nor..jgn lari laju2 tercungap2 nak kejar ni..semput akak..


to IdaDdapur
hoho..nah..ambik seketul je.nor dah bawak lari tu..hehe


to kasihredha
wah,adik manis..kembang vontot ni panggil jelita2 nih...alamat akak gantung piyok lah hari ni,sebab sonyum sudah sampai tinga.hehe

bread crumb tu ada di jual di kedai bahan2 buat kek.babab vontot kak kasih,bangun2 gi survey cepat kat KL tu..

anymz said...

to Paty's
selamat datang..
yup di alu2kan..sharing is caring kan?..


to zarin
betul tu zarin.cepat je gelembung nya.makan tak letak inti pun sedap gak zarin.akak suka makan dgn salad.


to LinRosLy
sudah habis lah lin..tggl breadcrumbnya ajer..hehe

kakpah said...

wuih.. sodap ni. kono bokoja poi kodai boli gardenia ni haha....

Mas said...

ni yg sayang ngan akak...siap tunjuk caranya....
mas pun dah jadi tergoda tengok roti poket tu...nnti nk try wat gak..nmpk sedapp laa..

anymz said...

to kakpah
lari kak lari...kang habih kang..suh bibik buek ptg ni jugak..hehe


to mas
ooo..dah tunjuk cara baru nak sayang ya...majuk arrr...
hehe cuba lah mas..senang je buatnya.gelek dgn gelas pun boleh..guna je tutup merah balang kueh raya tu utk tekap.

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Menarik dan tertarik le saya di buatnya.