Tuesday, 4 January 2011

Basic Dough Roti..

Assalamualaikum semua...
Roti ni akak buat petang tadi gara2 sudah tergoda dgn roti di rumah IZAHDAUT..akak pernah buat roti ni sebelum INI,tapi kali ni akak cuba dgn water roux pulak...huuiihh...memang power penangan water roux ni..roti kita jadi gebu,lembut..isshh..susah nak cerita lah..buat sendiri lagi senang semudah akak menyalin resepi dari rumah izah ni..cuma kopipes jek..ampun ya zah..sonang kojo den..hehehe..maceh pada NOR,di Terengganu nun,. tuan empunya roti,di cuba oleh MAS,dan di makan oleh izah...wakakaka...
cuma yang akak punya akak letak inti kacang merah,lebih inti buat pau tu hari....sedap woo...



BASIC DOUGH
sumber dari nor


380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening


Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )

50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.

Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.




Buat kakak saudara akak,kak ERNA,kak!!.. uli pakai tangan pun boleh yo..
exercise yo tangan tu sikit
kalo tak akak suruh lah abg tu menguli..
lagi power roti tu nanti..
hehehe



sebenarnya sebaik roti ni di keluarkan tak sempat pun akak nak letak atas redai,anak2 sudah
ambil sorang satu..akak kata belum snap gambar lagi nak oii..
issh..diorang buat derrrkk je..



8 comments:

Mas said...

perrrhh kak anymz....memang cantik roti akak tu, nmpk lembut dan gebu lagi....mas dah tahu rasanya mcm mana, 4 biji ngapp pun tak cukupp lagi...he..he....macam roti yg dijual tauuu....
musimm meroti sudahh mari...mari2 semua merotii...

anymz said...

mas,maceh ya ,mas sudah kembali kan mood meroti akak nih...
pasni jgn badan kita turut naik cam roti sudah lah ya..jenuh pulak kita nanti..kahkah..

K.Nor said...

yeah!!!!! demam roti sudah merebak .. hehehe... bak la dua ketul k.anim.. nak gak rasa bun kacang merah k.anim yg gebus gebas tu :)

Yatie said...

Salam Kak Anim,
Uwaaa..sana sini dok meroti...suka tngk rotimu itewww....gebuss gebaassss...nak rasa seketoi...hehehehe...dah abeslah tu...sok nak wat gaklah....

Lady of Leisure said...

tengok orang buat roti2 gebu gini telan air liur je, sebab lady takde BM huhu..

Lady of Leisure said...

huwaaa.. dah la inti kacang merah.. tergoda ai taww..

Cik Embun said...

acik..
dulu CCE penah blajar wat roti..
banyak sgt step nak fermen bg dia naik..sampai x ingt terus laa cmna nak wat roti tuh.. kih3~

izahdaut said...

kak animmmmmmmmmm... hak hak hak .. mokcik dah meroti yo.mokcik nak 2 ketui..sah sah tak habis kena baham ngan anak2 ribina itu...akak..saya kan kan kan..tak pernah jumpa lagi inti kcang merah ni.akak buat sendiri ke atau beli kat kedai bahan kek ke?dia dlm tin ke atau apa ke?banyak ke kan?ngeeee