Monday, 10 January 2011

Sambal Ketam

Bersiaran akak entri terakhir utk mlm ni..lambat sikit..penat rasanya hari ni,itu pun untung dapat masak..
Sambal ketam ni akak masak tengahari tadi gara2 terliur pergi rumah hana tu hari..nampak cam best je.
biasanya bila akak masak ketam,samada akak buat masak lemak cili api atau masak sweet sour tapi kali ni akak berani kan diri tukar versi pulak...
Akak buat sambal versi sambal kering.
Alhamdulillah..anak2 dan en suami suka sangat2..berselera diorang makan..habis licin.senang akak basuh piyok terus.maceh hana atas idea sambal menyambal........
meh tengok resepi.
spt biasa akak akan cuba masak sehabis simple untuk memudahkan anak2...



Sambal Ketam

bahan2

4 ekor ketam sederhana besar-di bersihkan buang duri yg tajam2,dibuang kulit keras dan di kerat dua.ketepikan

15 biji cili kering*-di rebus hgga kembang dulu.bersihkan dan tos.kemudian baru di kisar.
1/4 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
bahan bertanda *-di kisar
1 kiub ikan bilis
1 butir telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam jika perlu-
sedikit gula
2 cawan minyak

cara

ketam yang sudah di bersihkan,di gaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
panaskan minyak
goreng ketam hingga separuh masak.jgn sampai garing
angkat dan ketepikan
Dengan minyak yg sama tumis bahan2 yang telah di kisar hingga terbit minyak
masukan kiub dan gaul rata
masukan ketam dan pecahkan telur ke dalamnya dan kacau lagi
gaul rata dan sedia untuk di hidangkan


jika suka berkuah,boleh letak 1/2 cawan air asam jawa dan tambah sedikit garam jika perlu.

5 comments:

kasihredha said...

hati2 makan ketam
jgn gigit dgn gigi...patah gigi nanti...hihi

asnah58 said...

sedap eh lapar ni

Mas said...

aarrrhhhgg...akak dah wat...kena cari ketam gak....
tergoda betul tengok ketam akak..

AZLITA AZIZ said...

aduh! pagi2 dah nampak ketam... adusss... dah terliur ni kak...
akak anim ni saje tau! buat orang terliur.... mana nak cari ketam ni....

anymz said...

to kasih redha
betul tu kak makan ketam kena hati2 tapi ketam yg ini kulit lembut gilos kak


to asnah58
tgk lauk mmg lapar je kan?


to mas
mas..cepatan..nanti abis pulak ketam kat market tu..lari laju sikit..hihi


to azlita
pi cari ketam cinonit kat tepi2 pantai tu...ce try wat lauk jadi tak agak2nya ya..hehe