Sunday, 16 January 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies Lagi

Assalamualaikum semua...
minta ampon ya..jangan pengsan tengok kek ni lagi..meluat pun tak boleh...ini semua di sebabkan keterujaan akak membaking kek ini lagi semalam..hari tu masa buat kek ni farah dan amir tak dapat rasa..sebab minggu ni cuti panjang akak bakar lagi lah kek kaler merah ni..alhamdulillah,akak sudah agak mahir buat celoreng2 untuk topping dia tu.ini kes akak nak berlagak sikit lah ya..ala sikit je..takkan la korang nak marah pulak kan...hehe
terima kasih buat maz ilhamdapur yang belum masuk2 dapur lagi tu..masih sibuk lagi lah nampaknya tu ya maz..




Red Velvet Marble Cheese Brownies

by.anymz-mykitchen

sumber:maz ilhamdapur

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


lawo topping tu kan?..
sape kata tak lawo?
ada berani??



kali ni kek kaler merah tu akak buat dua adunan..


11 comments:

izahdaut said...

kak nim....lawa lawa lawa lawa... ni puji lebih sikit kot dapat sefotong dua kek neh..ikikiki

hana said...

kak anim cayanggggg...jgn kata da abes kakk..kite dtg cepat2 da nieh bawak loyang beso... meh meh cepat isikan! hihihi

Yat Maria said...

akak, lawo arrr kek tu...saper kata tak lawo...lawooo arrr :)

anymz said...

to izahdaut,
ada..ada lagi nih sbb baru lagi kan...nah sefotong..sebab nak sefotong je kan?..akak ni lurus bendul hari ni..kekeke


to hana
ooo jauh dtg,maceh2..ni meh kita bagi2..satu tuk hana,dua tuk darwish,tiga tuk hamzah..muhahaha..cukup tak tu?..


to yat
lawo kan..kan..?mmmuaaaahhh...kiss tuk yat..nah dua fotong..upah sebab puji lebih2..wakaka

zarin said...

cantik arr kak...eh, brownies ni rasa dia tk sama mcm RVC kan!

FairyLilly said...

mengancam boto la brownies akak nih,
Saya memang teringin nak buat brownies nih. Tapi bila tengok ada cuka, terus cancel plan. Kat sini cuka botol besar, macam tak berbaloi pulak nak beli semata2 nak pakai sikit je

Mas said...

jeless tengok kek tu...cantikk....minggu ni tak bleh buat lgi..hubby tak de...
hu..hu...simpn dulu cream cheese tu....
akak..nk 5 ketoi..he..he..

K.Nor said...

perghhhh ... bestnyer... nak gak!! tak bagi? nor wat lari dulu la 5 ketul hehehe... daaaaaaaaa....

anymz said...

to zarin
akak pernah rasa RVC..rasa nya lebih kurang je tapi to me red velvet brownies ni lagi sedap sebab lebih moist.


to FairyLily
takpe beli je lah botol besar tu..sok2 ko buek lah acar ke,buat brownies,pastu buat jeruk cili ijo pastu buat jeruk mangga sampailah habis cuka botol bosa tu.hehe

anymz said...

to mas
hubby outstation ke mana pulak tu?alolo cian nya kena tggl..sayang isteri di tinggal2kan kan mas?..nah ambik 5 ketui.hehe


to nor
nor,haisssh..penat nak kejor nor sampai ke tggnu..5 ketui tu utk mas..nor punya akak dah simpan kan..tapi ada 3 ketui jek..hehe

Nieza said...

akak, saya dtng lambat sure dah abis kan kek ni..huhu..btw memang lawa la kek ni kak...saya teringin nk buat juga tapi lum pandai nk mengukir lagi..:)