Sunday, 24 October 2010

Nasi Goreng Ikan Sardin

Plan nak buat western breakfast hari ni tapi di sebabkan semalam anak2 meratah lauk, takmo makan nasi, maka hari ni aku plan buat nasi goreng je lah..sayang nasi sejuk tu...skang ni hujan lebat.makan nasi goreng pedas2 memang tak hengat lah kan..dulu pernah post resepi ni,tapi kali ni aku gubah lah sikit..setiap kali buat mesti lain2 cara nya..

bahan2

1 tin kecil ikan sardin-asingkan kuah
20 ulas cili padi(bergantung pd nasi)
2 ulas lada merah
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis-optional
1 butir telur
nasi sejuk
minyak

cara

panaskan minyak
kisar dgn pengisar kering atau tumbuk cili padi,cili merah dan bawang putih
bila minyak sudah masak,tumis bahan2 kisar
masukan garam dan kiub
masukan ikan sardin sambil tu hancur2kan ikan
dah elok masak ikan, pecahkan telur
masukan nasi
goreng hingga sebati
sedia untuk di hidangkan



nasi goreng ikan sardin yang sedap di goreng pedas2

6 comments:

zarin said...

sedap tu kak makan nasi goreng ikan sardin yg pedas..tambah pulak bila hujan...uishh kecur dah ni :D

anymz said...

zarin:makan podeh2 memang sedap gilerrr kata budak2 skang..:D

Uncle Lee said...

Hi Anim, ha ha, re that 6 kids, just a joke, non related to anyone. I forgot you ada 6. Holy Smoke! You don't even look like ada dua! *Wink*.
And 4 sons? All boys, ha ha.

Hey, nasi goreng with sardine? Ahhhh, ini ta'pernah makan. With udang kering ada. My isteri sometimes will make and with my request of satu telor on top, Mt. Fuji nasi goreng, ha ha ha.

Anymz, bila you masak ikan assam blimbing or with nanas, send me telegram. Saya so far have not seen anyone cook assam with blimbing or nanas yet.
Have a beautiful Sunday, Lee.

Bayu Kenangan said...

nampak macam sedap.... blh cuba ni

izahdaut said...

kak nim..saya suka sangat la kalau makan nasi goreng dengan kopok bertenggek kat tepi pinggan tu..kompom layan..anak nangis kat tepi muka pun hendak aje tonyoh2 bagi can maknya nak melantak..hahaha..kijam je bunyi ek

Deliah's Deli said...

salam kak...sama menu kite hr ni...smlm ayam x abis buatlah nasi goreng :)))