Tuesday, 19 October 2010

Kek Oren Lembap


Salam semua,Eh!..kenapa kek ku ini pendek??..muahaaha...ini adalah kerna tidak ada stok tepung naik sendiri dalam rumah ku ini,jadi hakak sudah derhaka sama CMG...memandai2 ubah resepi guna tepung bese2 je..pastu aku kawinkan le tepung tu dgn baking powder..eh okay apa..rasa nya tak lari..bau oren nya tetap harum hingga membuatkan mr suami ku tak sabar2 nak merasa..kek ni memang sedap dan gebu dan jugak moist..tak percaya? cubalah!!
resepi aku ambik dari rumah cik mat gebu yang famous amos tu..




BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

12 comments:

ijayuji said...

kak anim cayanggggg, nak 2 potong kek iteewww boleh ke? :D nak buat oren kat sini mahal! kang kalau beli asyik kena kebasss jerr tak sempat kecut kalau beli oren2 ni sume hihih..

Cendana Kasih said...

fuh...berbau sampai ke bukit jalil kek oren ni... salin respi dulu yer...tq

Mat Gebu said...

Eh..walau pun kontot, tapi comeyy lahhhh...teksture dia lawaaa..golden brown...

Lady of Leisure said...

agree, nampak golden brown tu yg tambah selera tu.. :)

anymz said...

ijayuji:ikaa cayaaaaang,..ambik dua potong je tauu,kek ini tersangatlah sedapnya..tak pernah2 nampak cik abg tu makan kek sampai 3 potong sekaligus tapi yang ini laju jerk masuk mulut..hehe...oren siam pun mahal ke ika?

anymz said...

Noorma,maunya tak berbau,..oren tuuuu..wangi semerbak mengharungi tempat tinggal ku ini..ecececeh..kempen kek namanya ni..:)

anymz said...

Mat Gebu:cik mat oi! tu ayat nak ambik ati ke tuu?..camne mat nya leh kaler lain?akak nya kaler golden brown?tak aci betul lah camni..tak puas hati ni..memandangkan kek ni laris di rumah ni..nnt nak try buat lagi..hehe

anymz said...

Lady:hah..betul ke?apa2pun mekaseh lah pd cik mat dan Lady ya..dah sedikit frust dah lepas buat tu,sebab kalernya tak sama dgn mat punya..

zarin said...

salam kak
saya datang bawak 2 bijik choc balls ni hihi 2 biji je ada lg pun..
eh kek oren tu ada lg tak?

kak long said...

kak,kalau kukuih manun naik tak deh...hihihi

anymz said...

zarin:kek oren dah abis lah zarin..sedap sesangat kata anak2..hehe
toce2 mekaseh2..atas baik budi bwk bebola cekelat ya

anymz said...

kaklong:akak raso kaklong gantikan dgn minyak jagung/myk beso pun boleh instead of butter kalau nak kukuih..
cubo lah..kalau menjadi bg tau akak yo.