Sunday, 24 October 2010

Puding Coklat Sos Kastad

salam hari minggu ya..waaah!hari ni kan menu tengahari tak siap lagi dah makan dessert plak..tunggang terbalik lah hidup aku hari ni..hujan2 ni asek ingat nak melantak je..

Ini aku ambik kat rumah DAYANG JACK...seperti biasa lah ya..org2 rajin cam aku ni cuma CnP je..hehe..ampon ya DJ..halal kan resepinya ya..
akak derhaka sikiiit je DJ,akak tambah whip cream atas sos kastad tu..permintaan anak2..






Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


3 comments:

Lady of Leisure said...

cantik and nampak sedap, nasi goreng sardine tu pun nampak sedap, dah la sardine tu my fav hehe

anymz said...

Lady,fav mr hubby jugak nih..mesti nak pekena nasi goreng lagu ni every wkend..:)

Today News18 said...

शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp