Thursday, 14 October 2010

kari ikan sardin

Aku mula di perkenalkan dgn ikan sardin/ikan selayang ni masa aku dok kedah dulu.satu hari kami di undang ke rumah sahabat mr suami utk makan tgh hari di Arau,Perlis..lauk pauknya simple sgt2 tapi memang menyelerakan..diorang hidangkan kami dgn kari ikan selayang,sambal belacan dan sayur jeruk maman..nak makan banyak aku malu.maklom le kan aku kan baru kawin masa tuh,,kahkahkah....
resepinya biasa aje kat sini tapi untuk anak2 aku yg baru belajar dok sendiri tu boleh lah layan resepi ni


bahan2

5 ekor ikan sardin/ikan selayang-ikan di cuci bersih dgn garam dan asam limau.toskan
4 ulas bawang merah-di hiris/di tumbuk
2 ulas bawang putih-di hiris/di tumbuk
sedikit halia-optional-saya tak letak
sedikit cili kisar-optional-saya tak letak
1 paket kecil rempah kari ikan
1 sudu kecil rempah penumis halba campur
1 mangkuk kecil air asam jawa
1/2 mangkuk kecil santan
garam
1 kiub ikan bilis
daun kari
bendi/terung/tomato
3 sudu besar minyak



cara

panaskan minyak
tumis bawang2 yang di hiris
masukan rempah penumis
kacau
masukan rempah ikan dan daun kari
masukan garam dan kiub
kacau hingga terbit minyak
masukan air asam jawa.
dah mendidih masukan santan
seterusnya ikan.rasakan garam
dan akhir sekali masukan bendi
didihkan dlm 10 min dgn api yg kecil




*p/s
ikan di masukan sedikit lambat sbb ikan ni cepat masak
kalau di masukan awal takut hancur

5 comments:

zarin said...

salam kak
tk pernah mkn lg kari ikan sardin ni..slalu mak wat kuah laksa dgn ikan sardin ni and mak mentua pulak goreng je

fuzidss said...

Salam Pengenalan dari saya. Tertarik dengan kari ikan sardin ni kak . Saya follow ya

anymz said...

zarin:salam kembali,ya akak pun masa tu first time makan.memang sedap.kuahnya jadi manis..tak caya try la..tapi hati2 sbb banyak tulang..:)

Uncle Lee said...

Hello Anymz, Holy Smoke! First time I see can make curry with sardine! If anyone had told me this, I sure tell person the Moon ada restaurant sell nasi dagang, ha ha.
It really looks delicious.
Lagi mana you belajar this? Harvard? MIT?

I love sardines, but on bread lots of onions....or sometimes bila isteri naik angin tsunami, itu la dia, pagi malam makan sardine.

At first bila tengok I thought ikan chincharu or tenggiri, then read...wow! Sardines!
Berapa kali your hubby tukar his tali pingang? ARHAAA HA HA.
Okay Saya chabut.....you sure Pakcik don wan goreng pisang? Lee.

kasihredha said...

sardin...biasanya saya buat masak lemak cili api & tambah belimbing buluh.
Insyaallah akan try masak kari pula.