Saturday, 30 October 2010

Sicilian Orange Cake

Buat ni malam tadi..nak tinggalkan untuk anak2 buat kunyahan mereka.jap gi mak pak diorang nak berdua2an gi tgk pengantin..hahaha
.semua orang rasanya dah buat ni..kalau tak silap,asal usulnya dari rumah RIMA,tapi akak ambik dari rumah Hana.
copypaste je..org rajin .cenggitu lah kan...ada jugak yang akak derhaka kan sikit2 sebab utk elak manis..bila nak sedap tu kena lah ubah2 sikit kan..jemput lah makan ya..ni,kopi ada,teh o limau panas pun ada..sedap kek ni rupanya.anak2 suka..betul cakap mat gebu,cara buatnya tak lari dari cara oren moist tu..




Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis-akak guna 200gm je.
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising125g gula aising
  • 5 sk jus oren
  • 125 gm gula icing-akak guna 50gm je..



Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.



5 comments:

ijayuji said...

Salam kak! dah bf lom? tak nak ajak kita bf ke? hihihi... ren 4 potong eak, nanti letak atas meja sbb kita dtg ambik :D jap g nak kuar arini ni besok lusa tulat tulat tulat bz ahahaha....ita tumpang makan sini selama seminggu :D

Mas said...

cantiknya kek tu..mas pun dah buat...sedapp kan..

anymz said...

Ijayuji:fuuuuh!bz nya tuuu..nak kemana tu?jgn lupa jln balik sudahlah..boleh2..tumpang makan seminggu pun takpe..tapi bg beras siam baik punya..okay..mm beras pulut berguni2.haha...kalau dpt best betul ika,akak pernah dok utara dulu,dpt beras pulut yg cantik2..heee..dah lama tak merasa


Mas:anak2 bujang ni makan berulang2..mula2 memasing cam pelik je..ni da nak habis dah ni..hehe

Lady of Leisure said...

sedapnya ada icing lagi tu,..

Uncle Lee said...

Hello Anymz, Holy Smoke! I can practically dapat the beautiful scent of a woman...Ooops! I mean the cake dari sini.
WhoooooHaaa! Wangi betul tu!
I really love this cake, macham wet with Maple syrup tu.

I agak2 tengok the cake, empat keping I think no problemos with me. Ada iced kopi? Ini masuk mulut melt in the mouth......nampak bulan naik half hour early, dengar angin datang, muzik kronchong Serinande.....

Nama pun very exotic, macham Sophia Loren punya tempat, Italy kan?
Anymz, you are good, OUTSTANDING!
How I missed give you my resume? Saya pun ta'tau la. Ha ha ha.
Have a beautiful Sunday, senang datang....I ada mention your nama baru keluar oven posting. Lee.