Friday 29 October 2010

Tauhu Goreng Singapore

tauhu goreng singapore

Hari ni kita gi Singapore makan tauhu goreng pulak ya..sedap ratah2 tauhu cenggini..resepi akak ambik dari rumah Lady yang suka,suka,suka,,..Lady of Leisure...sedap nih..Lady,akak ambik kira halal ya..


Bahan-bahan:

Untuk kuah kacang:
2 cawan kacang tanah
Belacan sebesar ibu jari
1/3 cawan juice asam jawa
1/3 cawan gula Melaka - hancurkan
4-5 biji bawang merah kecik - hiris, goreng dan tumbuk
4 ulas bawang putih - hiris, goreng dan tumbuk
15 biji cili padi - hiris, goreng dan tumbuk
Beberapa sudu kicap pekat
Garam secukup rasa
Air secukupnya

5 keping tauhu - sapu sedikit garam and deep fried sampai kuning keemasan
Timun - potong macam mancis
Taugeh - buang ekor dan celur

Cara-cara:-
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak about 10 minutes kemudian buang kulit dan tumbuk(jangan terlalu halus). Masukkan bahan-bahan kuah kacang yang lain dan gaul sebati.
  2. Potong tauhu yang dah digoreng. Letak timun dan taugeh dan hidangkan dengan kuah kacang

Tauhu Goreng Singapore


tapi menu utama akak hari ini ialah ketam masak lomak cili padi..resepi boleh tgk kat SINI ya..dolu2 akak dah pernah post masak lemak nih..


ketam masak lomak

12 comments:

izahdaut said...

akaaakkkkkkkkk.. terjun tingkap !!! sedaapp tengok ketam tuuuuu. tauhu..emmm tak reti mkn.klu mkn mesti sakit perut...hihi

hana said...

macam tauhu bakar nih kak! tp tauhunyer lagik garing dbakar.. mmg suuuuuedapppp!!! hihihihi.. ketam dua ekoq kak! nak ratah! hihi

Nur said...

Kak Anim,
sedap nya tauhu!
Ketam masak lemak pun suka.
Kalau ada tauhu, letak sos cili, makan dengan nasi pun sedap.
Sebab Yati malas nak buat kuah kacang dia tu. :)

Ayu said...

salam kak anim,
orang spore nak makan tauhu goreng spore ni..nak rasa orang kolumpur punya air tangan....bak kita 2 keping ya..nak pedas gilerss..hehe

anie,Nagoya said...

ada lagi tak tauhu tu???suka ketam.tapi nak mkn leceh...leh kopekkan???sekali-sekala nak jg bermanja2..hihih..boleh?

ijayuji said...

Salam kak anim! nak ketam jugak!!! lama jugak tak masak ketam :D nak tauhu bakar tu byk2 jugak letak sayur byk2 jugak pastu nak pedas2 mcm kak ayu jugak wakakakaka...

zarin said...

akakkkkk..nak ketam nak tauhu..nak semua lah...kita lunch mkn roti je tau..itu yg kebulur nih

anymz said...

Izah:jangan..jangan ..terjun tingkap..terjun kat balkoni tu lagi senang..
alololo..ciannya,mau ketam ya..ambik sekor..takleh bebanyak,nnt kongsi2 dgn hana..
lorr,rugi tak pat makan tauhu..sedap ni zah...:)



hana:ermm.ya lah hana,cam tauhu bakar,sedap nih..
ketam boleh sekor je,share2 dgn izah ya..karang mengamuk pulak si izah tu.dia dah mintak dulu..hehehe


Yati:eh,yati ada kat sini.selalu yati ada kat sebelah rumah akak ni aje..baca2 story kat situ..ermmm...sedap tauhu ni yatie..cuba lah buat

anymz said...

Ayu:nak pedas kena tambah cili api sendiri..ni pun dah tak tahan ni..kena pulak dgn ketam tu,hari ni terlebih pulak cili apinya..kihkihkih...


ijayuji:ketam da habis..izah dgn hana dah melantak sesenyap kat dapur tu.tak di bagi nanti si izah tak mau tukar dgn kek gula hangus dia..kedekut pulak minah tu hari2 jumaat nih..hihihi


zarin:issh..sedap apa makan roti.,leh slim badan camni..ni yg akak jeles tgk korang..masak memacam pun badan maintain jerrrr..
ketam dah habis,cicah roti dgn kuah ketam je lah ya.hehe

Lady of Leisure said...

sedapnya nampak tauhu akak buat.. sendiri buat tak makan sangat tengok yang orang buat tu yang nampak sedap hehehe

anymz said...

Lady:thanx for the recipe..selama ni akak beli je kuah tauhu ni,kali ni dapat buat sendiri..cuma akak tambah sikit tpg jagung utk pekatkan kuah..lupa nak include kat resepi tu.:D

Unknown said...

शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp